HUAWEI Lancar MediaPad M6, Pamer Keunggulan Menerusi Spesifikasinya!!!

338

HUAWEI baru sahaja melancarkan peranti siri HUAWEI Nova 5 beberapa hari lalu. Pada majlis tersebut, mereka turut mengumumkan tablet terbaharu mereka yang dikenali sebagai Huawei MediaPad M6 yang mana tampil dengan dua saiz iaitu 8.4 inci dan 10.8 inci.

Spesifikasinya turut menakjubkan apabila ia disertakan dengan cip Kirin 980, memori 4GB RAM, dan pilihan storan 64GB dan 128GB. Ia turut disertakan EMUI 9.1 berasaskan Android 9.0 Pie.

Aspek kamera juga baik apabila ia tampil dengan 13MP bagi kamera hadapan da 8MP bagi kamera belakang. Sistem bunyi pastinya sangat baik apabila dihadirkan bersama Harman Kardon.

Dihadirkan dengan resolusi 2560×1600 yang pastinya memberikan kepuasan tontonan. Tampil dengan kapasiti yang mengagumkan iaitu 7,500 mAh bagi varian 10.8 inci dan 6,100 mAh bagi varian 8.4 inci. Tampil dengan sokongan pengecasan 18W menerusi sambungan USB-C.

MediaPad M6 10.8 ia bakal dijual pada harga CNY 2,299 (kira-kira RM1,389) bagi varian 4GB/64GB + WiFi. Bagi 8.4 inci 4GB/64GB + WiFi, ia bakal dijual pada harga CNY 1,999 ( kira-kira RM1,208).

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here