- Iklan -

JENAMA terkemuka dalam segmen permainan, ASUS Republic of Gamers (ROG) tidak pernah mengecewakan apabila sentiasa tampil dengan barisan produk yang memberikan prestasi terbaik disamping spesifikasi bertaraf AAA untuk kelas permainan.

Dari Kiri : Leo Tseng (ASUS Malaysia’s System Group Country Head), Jimmy Lin (ASUS’s SEA Regional Director) & Alvin Huang (ASUS Global’s Senior Director of Gaming Business)

Terus memberikan terbaik, ASUS dilihat semakin rancak membawa produk yang mampu penuhi impian si kaki game. Apa agaknya perancangan seterusnya buat ASUS?  Ikuti temu bual eksklusif bersama ASUS team berbicara mengenai perkembangan serta perancangan pada masa akan datang (Nota kaki : S – SOALAN / J – JAWAPAN).

 

»—————————–✄—————————–✄—————————–✄

S : Jika diteliti, komputer riba keluaran ASUS hanya menyokong 512GB SSD dan tiada ketersediaan hard disk. Jadi, apakah itu trend untuk semua laptop ASUS?

J : Ya, ini adalah trend. Jika diperhati, semua orang mencari laptop yang berprestasi. Sudah pasti, SSD adalah satu-satunya spesifikasi yang boleh mewakili prestasi. ASUS merupakan satu-satunya peneraju 512 SSD. Jadi, kami mengambil kesempatan ini untuk memimpin produk generasi akan datang – terus menyediakan teknologi terkemuka.

 

»—————————–✄—————————–✄—————————–✄

S : Semua produk yang diumumkan kali ini dikuasakan oleh cip Intel. Adakah terdapat perancangan untuk memperkenalkan model lebih berpatutan dengan cip AMD atau menurunkan storan SSD kepada 256GB bagi menjadikannya lebih murah, jadi lebih ramai boleh memiliki produk ROG?

J : Sebenarnya, kami telah menemui jalan penyelesaian menerusi siri ASUS Gaming FX. Tetapi, storan minima untuk siri ROG adalah 512GB kerana kami ingin memenuhi kepuasan pengguna sekaligus memberikan mereka kepuasan berganda.

 

»—————————–✄—————————–✄—————————–✄

S : ASUS kini menawarkan ciri yang dinamakan ROG Keystone – Adakah ASUS merancang untuk menawarkan ciri ini untuk produk lain juga?

J : Ya, kita pasti akan melihat lebih banyak peranti yang akan menyokong ciri ROG Keystone pada masa akan datang.

 

»—————————–✄—————————–✄—————————–✄

S : Sebelum ini, ROG Strix SCAR II mempunyai dua numpad. Kini, ASUS telah mengeluarkan ketersediaan numberpad untuk ROG Strix SCAR III. Adakah ia untuk perspektif pengguna / kompromi reka bentuk bagi mencapai saiz peranti?

J : Satu soalan yang bagus! Permainan apakah yang memerlukan numpad? Tiada, kan? Jika dibandingkan dengan numpad, pengguna lebih suka bezel nipis dan dimensi yang kecil. Itulah sebabnya kami lebih suka dimensi maksimum.

ROG Strix SCAR III

 

»—————————–✄—————————–✄—————————–✄

S : Bagaimana dengan ROG Phone 2? Ada ada apa-apa butiran yang ingin dikongsi?

J : Ia akan dilancarkan! Buat masa ini kami tidak mempunyai sebarang maklumat untuk dikongsi. Tetapi, maklumat pertama yang boleh kami kongsi adalah ia akan tersedia di Malaysia. ROG Phone menerima sambutan yang baik. Oleh itu, kami berharap boleh membuatkannya untuk ROG Phone 2 juga.

 

»—————————–✄—————————–✄—————————–✄

S : ASUS ROG Strix G baru sahaja diperkenalkan pada tahun ini. Sebelum ini, harga produk ROG sekitar RM6,000 ke atas. Untuk harga rendah, pengguna boleh mendapatkan ASUS TUF Gaming. Bagaimana pihak ASUS mendapat idea untuk mengembangkan barisan laptop berdasarkan harga?

J : Kami rasa ROG adalah jenama yang dipromosikan. Inilah sebabnya mengapa kami mencipta ASUS ROG Strix G. Alasan mengapa kami menggunakan konsep ini ialah ia diilhamkan oleh Mercedes. Jika kita mahu membeli Mercedes, berapa kosnya? Mercedes membuat beberapa segmen untuk generasi muda dan dari segi harga, ia adalah berpatutan. Inilah konsep yang kami gunakan pada produk ROG.

ASUS ROG Stirx G

 

»—————————–✄—————————–✄—————————–✄

S : ASUS mempunyai penyelesaian permainan dalam semua segmen. Bagaimana pula dengan compact gaming machine? Mungkin 14 inci? Adakah ASUS ada sebarang cadangan dalam perkara ini?

J : Kami bergantung manfaat kepada pengguna. 14 inci? Kami masih pertimbangkan berdasarkan senario. Setiap bulan kami akan melakukan kajian di seluruh dunia – pasukan reka bentuk dan penyelidikan di Shanghai, Singapura dan Brazil akan melakukan kajian ini untuk mengumpul maklumat. Tetapi, buat masa ini kami cuba untuk mengkaji apa manfaat kepada pengguna jika melancarkan peranti bersaiz 14 inci.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here