Buat Kaki Vlogging, Korang Wajib Ada OPPO Reno 10x Zoom – Pasti Takkan Mengecewakan!

382

Hello korang-korang yang awesome! Kalau korang suka merakam vlog, korang ‘wajib’ ada OPPO Reno 10x Zoom! Eh! Kenapa? Sebabnya, ia pastinya takkan kecewakan korang. Ini bukan janji tau, tapi pasti!

Diperkenal pada Mei lalu, OPPO Reno 10x Zoom ternyata seperti mantera yang membolehkan pengguna kini memiliki gaya hidup lebih kreatif. Dipenuhi ciri di luar jangkauan akal, OPPO Reno 10x Zoom sememangnya sesuai untuk keperluan vlog korang!

Selain daripada ditanam kamera utama ultra-jelas 48MP, OPPO Reno 10x Zoom juga menyokong rakaman video 4K sehingga 60fps yang membolehkan pengguna cenderung lebih kreatif dengan keaslian rekaan bersama idea-idea lebih segar.

Ciri ini memberikan pengguna kebebasan untuk menangkap gambar dengan jelas dan stabil bersama kualiti yang mantap. Disamping itu, peranti ini juga mempunyai teknologi fokus audio yang menggunakan sejumlah mikrofon pada peranti bagi menghasil rakaman yang tajam dan tepat dari sudut 360 darjah.

OPPO Reno 10x Zoom juga dilengkapi dengan sokongan dual OIS – membolehkan mencapai ketetapan penstabilan imej 0.001445 ° yang digunakan melalui penstabil imej prisma. Ia sekaligus membolehkan OPPO Reno 10x Zoom menghasilkan hasil gambar 10x hybrid zoom yang berkualiti tinggi dengan mudah.

Tidak terhenti di situ, OPPO Reno 10x Zoom dilengkapi gabungan teknologi penstabilan imej EIS dan OIS – menjanjikan video yang dihasilkan pada tahap luar biasa. Tidak kira pada waktu siang mahupun malam – Hakikatnya, segalanya memang terbaik!

Seterusnya, kamera 8MP (Wide Angle) pada OPPO Reno 10x Zoom sememangnya terbaik kerana ia mampu memperluaskan perspektif ke sudut lebih luas – sehingga 120 darjah dengan satu klik. Ciri ini ternyata sangat menarik terutamanya bagi mereka yang gemar menangkap gambar permandangan.

Dijual pada harga RM3,399, OPPO Reno 10x Zoom kini tersedia untuk sesi pra-tempah sehingga 17 Jun 2019. Sesi pra-tempah boleh dibuat menerusi beberapa saluran berbeza termasuk OPPO Online Store, Lazada dan Shoopee.

Lebih menarik, setiap pra tempah didatangkan dengan didatangkan dengan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM877 termasuk Gimbal stabilizer (RM599) dan jaminan waranti tambahan + perlindungan skrin percuma selama setahun (RM139 setiap satu).

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here