ASUS VivoBook Ultra A412 & A512 Rasmi – Ditawarkan Pada Harga RM2,899!

607

ASUS telah pun melancarkan komputer riba terbaharunya di Malaysia iaitu ASUS VivoBook Ultra 14 inci dan 15 inci yang mana masing-masing dijual pada harga RM2,899. Kedua-dua model dilihat hadir dengan penawaran menarik disamping ciri lebih terkini.

Sungguhpun komputer riba ini nipis dan ringan, namun ia pastinya mempamerkan spesfikasi yang menawan yang bukan hanya sesuai untuk melakukan tugasan harian, tetapi mampu memberikan pengalaman bermain game dengan sangat baik.

Spesifikasi ASUS VivoBook Ultra A412 dan A512  adalah sama – Namun apa yang membezakan antara kedua-duanya adalah saiz paparan dan berat. VivoBook A412 tampil dengan saiz 14″ manakala A512 pula bersaiz 15.6″ yang pastinya memberikan pilihan buat pengguna.

ASUS VivoBook Ultra A412 dan A512 menggunakan Intel Core i5-8265U dan grafik NVIDIA GeForce MX 250. Ia dioperasikan oleh  Window 10. Untuk skrin, ia hadir dengan paparan  FHD (1920 x 1080) panel dengan 178 darjah sudut lebar memberikan kepuasan berganda.

Ia dihadirkan dengan memori 16GB DDR4 2400MHz serta dwi storan 512GB PCIe SSD. Untuk aspek bateri juga tidak mengecewakan apabila ia tampil dengan 37Whr 2-cell lithium-polymer yang mampu untuk bertahan lama.

ASUS VivoBook Ultra A412 dan A512 turut hadir dengan sistem bunyinya juga tidak mengecewakan apabila ia hadir dengan teknologi ASUS Sonic Master dan surround effects. Lebih menarik, sistem pengimbas cap jari ia dihadirkan pada touchpad komputer riba ini yang memberikan kelainan pada komputer riba ini.

Tampil dengan warna yang menyerlah iaitu Transparent Silver, Slate Grey, Coral Crush, Peacock Blue pasti mampu menarik perhatian kepada sesiapa yang melihatkannya. Bagi yang berminat ketersediaan bermula 12 Jun 2019. Jangan lupa dapatkan satu ya!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here