ASUS VivoBook Ultra K403 Rasmi – Harga Jualan Bermula RM2,699!

198
**********

Seiring pelancaran ASUS VivoBook Ultra A412 & A512, syarikat tersebut turut menampilkan kemunculan sebuah lagi model terbaharu iaitu ASUS VivoBook Ultra K403. Kehadiran komputer riba ini ternyata menarik perhatian ramai sekaligus menjanjikan pengalaman multimedia terbaik.

ASUS VivoBook Ultra K403 hadir dengan paparan Skrin 14 inci FHD (1920 x 1080) dengan NanoEdge Serta bezel senipis 4.1mm Serta 87% nisbah skrin ke kerangka. Dengan kad grafik Intel HD Graphics 620 pastinya menambahkan lagi keterujaan menggunakan komputer riba ini.

Dalam pada itu, dari aspek memori pula, ia disertakan dengan 8GB LPDDR3 2133GHz on board memory dan Storan 512GB PCIe Gen3 x2. Kapasiti Bateri turut tidak mengecewakan Apabila ia tampil dengan 72Wh lithium-polymer battery (4-cell) yang mana dikhabarkan mampu bertahan sehingga 24jam.

Tersedia dalam dua varian warna menarik iaitu Silver Blue dan Petal Pink, komputer riba ini boleh didapati pada harga berikut :

📌 ASUS VivoBook Ultra K403 i3 – RM2,699
📌 ASUS VivoBook Ultra K403 i5 – RM3,399

Menerusi majlis tersebut juga, turut berlangsung pertunjukkan fesyen daripada pereka terkena tanah air iatu Kittie YiYi yang mempamerkan koleksi yang meriah dengan warna dan rekaan yang diinspirasikan oleh Siri ASUS Vivobook Ultra.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here