ASUS Dengan Kerjasama Kittie Yiyi Menganjurkan Bengkel Reka Fesyen – 24 Jun 2019!

341
**********

Bersempena pelancaran siri ASUS VivoBook Ultra, ASUS juga menganjurkan bengkel rekaan fesyen dengan kerjasama pereka Malaysia, Kittie Yiyi yang bakal berlangsung pada 24 Jun 2019 di Kolej Antarabangsa INTI Subang (Hall Auditorium).

Bengkel ini merupakan sebuah perkongsian interaktif di mana Kittie Yiyi bakal berkongsi pengalaman dan pendapatnya mengenai bagaimana menjadikan impian satu kenyataan! Bagi yang berminat, anda boleh mendaftar melalui PAUTAN INI – penyertaan adalah PERCUMA & terhad!

Dalam pada itu, ASUS juga bakal mengadakan peraduan istimewa pada 17 Jun 2019 – menawarkan peluang memenangi koleksi fesyen terbaru daripada Kittie Yiyi. Untuk lanjut, layari ASUS Malaysia.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here