vivo V15 Hadir Dengan Warna Baharu Blossom Pink – Tersedia Mulai 18 Mei Pada Harga RM1,299

235
**********

vivo menambah lagi keterujaan kehadiran vivo V15 di pasaran dengan memperkenalkan warna baharu Blossom Pink, dan ia bakal dijual mulai 18 Mei 2019 pada harga RM1,299. Setiap pembelian warna baharu ini juga akan mendapat percuma sebuah humidifier yang berwarna merah jambu.

Selain itu, tawaran istimewa di bawah kerjasama dengan SimplySiti turut diberikan khas peminat mereka di mana 1000 pelanggan pertama yang membeli V15 Blossom Pink di mana-mana kedai konsep vivo akan menerima baucar SimplySiti bernilai RM50.

Baucer RM50 ini boleh digunakan untuk semua pembelian kosmetik SimplySiti, termasuk koleksi terbaru SimplySiti Red Collection yang baru sahaja dilancarkan khas anti-penuaan bagi kelihatan lebih muda.

[ Menangi Hadiah Bernilai RM1,00,000 Menerusi “Vivo V15 Pro Top Influencer – 32MP Perfect Selfie” ]

Spesifikasi V15 Blossom Pink tetap sama di mana ia menggunakan cip pemproses Mediatek Helio P70 berkelajuan Octa-core 2.1GHz, dilengkapi 6GB RAM dan storan dalaman 128GB di bawah Android 9.0 Pie (FunTouch OS 9).

Aspek paparan peranti ini tidak mengecewakan apabila ia dilengkapi dengan FullView Display dengan 90.95% nisbah skrin-ke-kerangka, dengan paparan 6.59 inci serta resolusi 1080 × 2340 piksel pastinya memberikan kepuasan tontonan maksimum kepada pengguna.

Peranti ini hadir dengan gabungan tri-kamera utama 12MP + 8MP + 5MP pada panel belakang, sementara kamera tersembunyi menggunakan sistem elevating kamera 32MP bagi swafoto yang lebih menawan.

Kapasiti bateri juga tidak mengecewakan apabila ia disertakan dengan bateri sebesar 4,000mAh dan menggunakan mikroUSB untuk mengecas. Ia datang bersama pengecas pantas 9V2A.

[ vivo Umum Pendaftaran PUBG Mobile Malaysia National Championship 2019 (PMNC 2019) Kini Dibuka ]

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here