Tonton Live Pelancaran Siri OPPO Reno Dan Berpeluang Memenangi Seunit!!!

369
**********


Peranti yang paling ditunggu-tunggu siri OPPO Reno bakal dilancarkan pada 27 Mei ini. Jadi demi menambahkan keterujaan kedatangan peranti ini, OPPO Malaysia akan memberikan sebuah OPPO Reno secara percuma. O-Fans yang menonton dan berkongsi siaran langsung pelancaran siri OPPO Reno menerusi Laman rasmi Facebook OPPO Malaysia akan berpeluang memenangi peranti ini.

Apa yang perlu dilakukan oleh semua peminat adalah menonton siaran langsung tersebut pada 27 Mei jam 10.40 pagi dan berkongsi pautan siaran di akaun Facebook anda. Jangan lupa untuk tetapkan akaun anda kepada Public. Pemenang akan dipilih secara rawak oleh OPPO sejurus selepas siaran langsung perasmian tersebut berakhir.

Dalam pada itu, ketika siaran langsung tersebut,selebriti terkenal tanah air, Neelofa bakal membuat kemunculan berikutan beliau yang merupakan duta siri OPPO Reno. Personaliti TV, Owen Yap juga bakal tampil di siaran langsung tersebut. Jadi nantikan siaran langsung tersebut, mana tahu anda lah pemenang yang dicari.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang OPPO, Facebook OPPO, OPPO Official Online Store, Lazada dan Shopee.

__________________________

Baca juga:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here