[TERTIRIS] : Samsung Galaxy S10 & Galaxy S10+ Bakal Terima Warna Baharu – ‘Cardinal Red’?

415
- Iklan -

Media sosial kini dibanjiri dengan berita ketirisan mengenai Samsung Galaxy S10 dan Galaxy S10+ bakal hadir dengan satu lagi tampilan warna baharu iaitu Cardinal Red. Ketirisan maklumat ini diperoleh daripada Roland Quandt.

Memetik imej tersebar, Cardinal Red dilihat membawakan warna merah menyala dengan kemasan tampak menonjol dan menarik. Kemasan ini dilihat mampu menarik perhatian orang yang melihat dan memberikan efek semangat serta ghairah.

Kemunculan warna baharu ini sekaligus dilihat memberikan lebih pilihan kepada pengguna di samping pilihan sedia ada iaitu putih, hitam, biru dan hijau. Pun begitu, setakat ini masih tiada sebarang maklumat berhubung ketersediaan dan tarikh rasmi yang diterima.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here