[TERTIRIS] : Reka Bentuk ASUS ZenFone 6 Bocor – Sokong Ketersediaan Dwi Kamera Boleh ‘Flip’?!

214
**********

Sedia maklum, ASUS telah bersedia melepaskan pewaris mereka iaitu ASUS ZenFone 6. Menjelang pelancaran, semakin banyak maklumat tertiris mengenai peranti ini mula berlegar-legar di media sosial.

Terbaru, terdapat imej tersebar yang dipercayai memperlihatkan reka bentuk ASUS ZenFone 6. Memetik imej tersebar, ASUS ZenFone 6 dijangka hadir dengan paparan penuh bersama sokongan dwi kamera yang boleh ‘flip’ – membolehkan kamera utama berfungsi sebagai kamera selfie. Bezel peranti kelihatan nipis, namun dagu peranti agak sedikit tebal. Terdapat ketersediaan pengimbas cap jari fizikal pada panel belakang.

Agak menarik kan? Apa kata anda mengenainya? Seperti biasa, maklumat tertiris masih lagi rumors. Nak tahu sama ada betul atau tidak, sama-sama kita tunggu kemunculan rasminya. Kekal bersama eRing untuk lebih info lanjut!

[SUMBER]

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here