[Tertiris]: Motorola One Vision Bakal Tampil Dilancarkan Tidak Lama Lagi, Tampil Dengan Cip Pemproses Exynos 9609

185
**********

Sudah lama kita tidak mendengar kehadiran peranti keluaran Motorola. Kini mereka bakal tampil dengan peranti terbaharu iaitu Motorola One Vision. Baru-baru ini beberapa maklumat dan rekaan peranti ini telah tertiris.

Menariknya, peranti ini dikhabarkan bakal menggunakan cip pemproses Exynos 9609 keluaran Samsung. ia turut disertakan dengan paparan skrin 6.3 inci LCD FHD+. Turut menambahkan lagi keterujaan apabila ia dihadirkan dengan memori sebesar 4GB RAM dan 128GB Storan.

Dari aspek kamera juga tidak mengecewakan apabila ia dihadirkan dengan 48MP bagi kamera belakang dan 25MP bagi kamera hadapan. Menariknya, ia dihadirkan dengan kamera berlubang pada skrin bagi kamera hadapan. ia juga turut disertakan dengan pemgimbas cap jari di bahagian belakang. Dua varian warna yang ditawarkan adalah biru dan gangsa.

Peranti ini dijangka hadir pada 15 Mei di Brazil pada harga sekitar Euro 299 ( kira-kira RM 1397). Jadi sama – sama kita nantikan kehadiran peranti ini.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here