[TERTIRIS] : Imej Peranti Misteri OPPO Dengan Tema Gundam Muncul Di Media Sosial

738

Gempak… memang gempak! Terkini muncul satu imej memperlihatkan peranti misteri OPPO dengan tema robot gergasi popular dari Jepun, Gundam. Meskipun model tersebut masih dirahsiakan, namun imej tersebut jelas memperlihatkan rekaan panel hadapan dan belakang.

Memetik imej dikongsi, panel hadapan tampil dengan rekaan skrin berlubang bersama ketersediaan kamera swafoto pada bahagian tengah. Saiz bezel pada peranti kelihatan nipis. Panel belakang pula tampil dengan dwi kamera yang disusun secara menegak bersama LED Flash pada bawah lensa.

Pun begitu, berita tertiris masih lagi rumors dan masih belum diketahui kesahihannya. Sama ada benar atau tidak, sama-sama kita tunggu tuan empunya badan sendiri tampil. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

[SUMBER]