[TERTIRIS] : Gambaran Awal HUAWEI Nova 5 Tersebar Di Media Sosial – Sokong Tiga Kamera Utama?

219
**********

Baru-baru ini kecoh mengenai ketirisan sarung pelindung didakwa milik HUAWEI Nova 5. Seiring dengan itu, portal trendingleaks dilihat menghasilkan imej pengolokan dan berkongsi gambaran awal yang bakal dibawa oleh model tersebut.

Memetik imej dikongsi, HUAWEI Nova 5 dijangka hadir dengan sokongan tiga kamera utama. Tiada sebarang pengimbas cap jari fizikal dilihat, ia memberi gambaran model ini berkemungkinan menyokong pengimbas cap jari dalam paparan.

Ketirisan maklumat awal turut mendedahkan HUAWEI Nova 5 dijangka membawakan skrin bersaiz 6.39″ FHD+, kamera utama 48MP dan bateri 3,500 mAh. Selain itu, model ini juga didakwa menyokong USB-Type C bersama ketersediaan bicu audio 3.5mm.

Seperti biasa, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannya. Mungkin kita akan mendengar lebih banyak maklumat tertiris selepas ini. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

[SUMBER] , [SUMBER 1]

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here