Tertelan AirPod Ketika Tidur, Masih Berfungsi Ketika Ia dikeluarkan!!!

433
**********

Kadang-kala kemajuan teknologi ini boleh memudaratkan dalam cara yang tidak disangka. Baru-baru ini seorang lelaki Taiwan yang dikenali sebagai Ben Hsu dilaporkan telah tertelan AirPod miliknya ketika sedang nyenyak tidur.

Mengimbau kembali ketika insiden tersebut berlaku, selepas beliau bangun dari tidur, beliau mendapati sebelah AirPod miliknya sudah tiada. Beliau kemudiannya menggunakan penjejak iPhone bagi mengesan AirPod tersebut dan mendapati bahawa ia masih berada di dalam biliknya.

Beliau menyedari bahawa AirPod terbabit berada di dalam badannya apabila ia mendengar bunyi peranti tersebut kemana sahaja dia pergi. Tanpa berlengah beliau ke hospital dan pihak hospital telah mengesahkan bahawa AirPod tersebut berada di dalam badannya selepas imbasan X-ray dilakukan.

Pihak hospitalnya memberikan ubat bagi mengeluarkan peranti tersebut menerusi sistem pencernaan dengan membuang air besar. Setelah beberapa hari AirPod tersebut berjaya dikeluarkan selepas Ben Hsu membuang air besar. Menariknya, peranti tersebut masih berfungsi dan baterinya berada pada 41%.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here