SnapChat Bakal Tampil Dengan Fungsi Muzik Pada Video Bagi Menyaingi TikTok

307

Pasti ramai yang mengetahui tentang aplikasi TikTok yang merupakan aplikasi perkongsian video yang disertakan dengan sokongan muzik. Pastinya, bidang ini dipelopori oleh TikTok.

Ekoran daripada itu, SnapChat dikhabarkan bakal menjadi pencabar bagi perkhidmatan tersebut dengan menghadirkan intergrasi muzik pada aplikasi tersebut. Pengguna yang menggunakan aplikasi ini pasti dapat menjadikan video yang dihantar lebih menarik.

Justeru itu, SnapChat sedang mendapatkan hak penyiaran daripada syarikat muzik seperti Warner Music Group, Universal Music Group dan Sony Music Entertainment.

Namun masih belum diketahui bilakah kemaskini terbaharu ini akan dinikmati oleh penguna. Jadi sama-sama kita nantikan!!!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here