Siri HONOR 20 Bakal Dilancar Pada 21 Mei Ini, Dihadirkan Dengan Rekaan Dynamic Holographic Yang Pertama Di Dunia

348
- Iklan -

Siapa sahaja yang tidak mengenali peranti pintar terkenal, HONOR yang sentiasa tampil dengan peranti yang sangat menarik. Dijadualkan bahawa HONOR bakal memperkenalkan peranti dengan rekaan Dynamic Holographic yang pertama di dunia bagi siri telefon pintar HONOR 20 yang bakal diperkenalkan pada 21 Mei di London.

Apa yang pasti, rekaan peranti terbaharu daripada HONOR ini merupakan satu karya yang dihasilkan melalui gabungan antara artistik dan teknologi Triple 3D Mesh yang canggih yang mana material kaca di bahagian belakang peranti ini dilakukan menerusi 2 proses daripada teknologi ini.

Proses pertama adalah  mengukir jutaan prisma di bahagian belakang yang hasilnya seperti kesan pantulan seperti berlian. Proses kedua pula adalah ia diwarnakan dan di atas kaca melengkung diletakkan di atas permukaan yang telah diukir tadi. Justeru, ia akan menghasilkan 3 lapisan warna di bahagian belakang peranti ini.

Pada pelancaran tersebut, pengguna akan dijemput untuk “Capture Wonder” dengan kamera yang bertaraf profesional. HONOR 20 ini tampil dengan 6.26 inci all-view display dengan nisbah skrin ke kerangka 93.6% pastinya memberikan kepuasan tontonan kepada pengguna.

Dalam pada itu, peranti ini tampil dengan kedudukan yang cermat dari sensor cap jari di sebelah kanan bingkai aluminiumnya bagi melengkapkan kedudukan semula jadi jari apabila pengguna mengangkat telefon. Kedudukan kamera yang berbentuk L pastinya memberikan sentuhan keunikan pada peranti ni

Jadi sama-sama kita nantikan pelancaran peranti ini bagi mengetahui spesifkasi yang menyeluruh. Bagi mendapatkan maklumat lanjut anda bolehlah melayari laman sesawang HONOR atau di laman rasmi Facebook HONOR.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here