Samsung Muncul Dengan Koleksi Wallpaper Disney & Pixar Untuk Paparan Infinity-O Galaxy S10!

541

Korang salah sorang pengguna Samsung Galaxy S10? Bosan dengan wallpaper sedia ada? Samsung dengan kerjsama Disney kini muncul dengan koleksi wallpaper bertemakan watak kartun popular seperti The Incredibles, Mickey Mouse, Frozen dan banyak lagi!

Menariknya mengenai wallpaper ini, ia direka khas untuk paparan Infinity-O pada Samsung Galaxy S10 dan Galaxy S10e. Melalui rekaan unik ini juga, ia sekaligus bantu menyembunyikan ‘lubang’ pada paparan hadapan sekaligus menawarkan pandangan skrin yang mengagumkan dan lebih kreatif.

Bagi yang berminat, korang boleh mendapatkan koleksi wallpaper ini menerusi Galaxy Store. Sesetengah daripadanya boleh didapati secara percuma. Tunggu apa lagi? Jom hias cantik-cantik! Maklumat lanjut, Samsung Malaysia.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here