Samsung Jadi Syarikat Pengeluar Televisyen Pertama Melancarkan Aplikasi Apple TV dan AirPlay 2

424

Syarikat peranti terkemuka dari Korea, Samsung Electronics Co., Ltd.mengumumkan bahawa kesemua produk Samsung Smart TVs pada tahun 2019 dan beberapa model TV bagi tahun 2018 akan menerima kemasikini yang mana ia disertakan dengan aplikasi Apple TV di lebih dari 100 buah negara. Turut ditawarkan sokongan AirPlay 2 di 176 buah negara.

Diintegrasikan secara penuh ke dalam platform Samsung Smart TV, pengguna boleh memilih ikon aplikasi Apple TV untuk mengakses iTunes Movies dan pembelian rancangan TV dan boleh melayari lebih dari 100000 iTunes movies dan rancangan TV termasuklah cerita yang tersedia di dalam 4K HDR.

Pengguna diseluruh dunia juga boleh melanggan saluran Apple TV dan hanya perlu membayar apa yang anda ingin ditonton sahaja. Pengguna Samsung Smart TV boleh menikmati Apple TV+ dan perkhidmatan langganan video asal Apple. Dengan AirPlay 2, pengguna boleh memainkan video dan kandungan lain menerusi iPhone, iPad atau Mac secara terus ke Samsung Smart TV.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda bolehlah melayari laman sesawang Samsung.

____________________

Baca juga:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here