Samsung Galaxy A80 Lepas Saringan SIRIM, Bakal Hadir Pada Penghujung Mei Ini?

294
**********

Baru-baru ini, Samsung telah melancarkan peranti terbaharu mereka, Galaxy A80 di Bangkok Thailand dan Menjadikan Kumpulan Kpop terkemuka dunia, BlackPink sebagai duta mereka. Justeru ia bakal tampil ke Malaysia dalam waktu yang terdekat. Hal ini kerana ia dikhabarkan telah melepasi Laman SIRIM.

Samsung Galaxy A80 ini tampil dengan sistem tri-kamera dengan kamera utamanya adalah 48MP(f/2.0) + 8MP(f2.2) + 3D TOF. Kamera utama ini juga boleh dinaikkan secara mekanikal dan di pusingkan untuk dijadikan kamera hadapan lantas memberikan rakaman swafoto terbaik.

Peranti ini dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 730G, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Ia juga tampil dengan skrin yang mempersona iaitu 6.7 inci SAMOLED dengan resolusi 2400×1080 piksel. Dari aspek bateri juga ia tidak mengecewakan apabila ia dihadirkan dengan 3700mAh dengan sokongan pengecasan pantas 25W.

Samsung Malaysia dikhabarkan pada awalnya bakal melancarkan peranti ini bagi pasaran Malaysia pada penghujung Mei. Jadi sama-sama kita nantikan.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here