Samsung Bakal Menerima Sokongan Pengecasan Sehingga 100W?

370
- Iklan -

Sebelum ini SuperVOOC Charge yang disertakan pada peranti OPPO Find X Lamborghini dan R17 Pro merupakan antara produk yang menerima sistem pengecasan terpantas di dunia yang mana nilai tenaga yang boleh dimasukkan mencapai 50W.

Namun dikhabarkan Samsung akan memintas rekod ini menerusi teknologi terbaharunya iaitu SE8A dan MM101 yang merupakan cip pengawalan pengecasan.

Ia dikatakan mampu untuk menampung sebanyak 20V dan 5A arus yang mana ia mampu memerbikan peranti tersebut keupayaan mengalirkan tenaga sehingga 100W dengan selamat.

Apa yang menariknya, cip pengawal ini dihadirkan dengan sistem keselamatan yang boleh dikemas kini. Jadi peranti anda akan lebih selamat!!! Jadi sama-sama kita nantikan.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here