- Iklan -

Siapa tak kenal dengan Realme? Sebuah jenama peranti pintar yang meningkat naik dan semakin mendapat tempat di hati para pengguna. Realme cukup terkenal dengan penawaran peranti berkuasa pada harga mampu milik. Pendek kata, kalau korang tercari-cari telefon mampu milik dengan serba-serbi menarik, inilah pilihan jenama yang tepat.

Realme telah muncul dengan pewaris baru iaitu Realme 3 Pro dan peranti ini dilihat hadir dengan peningkatan ketara dalam pelbagai aspek. Kehadirannya amat dialu-alukan dan kelihatan bakal menggoncang barisan peranti mampu milik yang dijual dalam segmen harga setanding. Nak tahu apa menarik? Teruskan membaca hingga ke penghujung.

 

 [ Reka Bentuk Bergaya ] 

Realme 3 Pro menerima sentuhan eksklusif bagi menyerlahkan lagi penampilan fizikal. Badan peranti diperbuat daripada polikarbonat plastik – ia kelihatan premium dengan kemasan seperti kaca 3D.

Terdapat kesan “Light Grating” bersama garisan lengkung berbentuk “S” pada panel belakang. Rekaan ini diilhamkan daripada perlumbaan berprestij, Le Mans dan Realme menggelarnya sebagai “3D Speedy design”. Badan Realme 3 Pro memiliki efek dwi warna kecerunan yang menarik.

Peranti ini agak nipis dan ringan – sangat selesa apabila dipegang. Rekaan hadapan dan belakang boleh dikatakan rata bersama sisi yang melengkung. Cumanya, kamera utama sedikit timbul daripada tubuh. Terdapat pengimbas cap jari fizikal pada panel belakang yang terletak di kawasan mudah diakses.

Realme 3 Pro mempunyai butang kuasa pada sebelah kanan dan sisi kiri menempatkan slot kad SIM serta butang laras suara. Bahagian bawah terdapat 3.5mm audio jack, port mikro USB dan pembesar suara mono. Manakala, bahagian atas kelihatan agak kosong kerana hanya terdapat sebuah lubang mikrofon sahaja.

 

 [ Paparan Memuaskan ] 

Realme 3 Pro

Realme 3 Pro tampil dengan paparan luas bersama bezel nipis pada bahagian sisi dan atas peranti. Realme 3 Pro menyajikan paparan IPS LCD berukuran 6.3” beresolusi FHD+ (2340 × 1080 piksel) dengan kepadatan piksel sekitar 408 ppi. Realme 3 Pro membawakan rekaan skrin bertakuk kecil (dewdrop) menjadikannya kelihatan hebat. – boleh disembunyikan menerusi tetapan.

Paparan Realme 3 Pro dilapisi Corning Gorilla Glass 5 sebagai pelindung utama. Tak kira daripada sudut mana sekali pun, paparan ini menawarkan tahap kecerahan dengan kualiti terbaik dengan warna yang tajam. Penggunaan secara langsung di bawah matahari juga tiada masalah. Kecerahan boleh laras mengikut keperluan.

Realme 3 Pro menggunakan antaramuka ColorOS 6 berasaskan Android 9.0 Pie. Antaramuka ini kelihatan menarik dengan susun atur yang kemas bersama tema lebih moden dan kombinasi warna luar biasa. Ia turut hadir dengan talam aplikasi.

Selain itu, Realme 3 Pro turut diselitkan ciri HyperBoost 2.0 bertujuan mengoptimumkan prestasi peranti. Terdapat juga “game space” – bagi menghadkan notifikasi ketika bermain permainan mudah alih sekaligus meningkatkan pengalaman bermain secara keseluruhan.

 

  [ Prestasi Terbaik ] 

Realme 3 Pro dijana oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 710 AIE (10nm) berkelajuan hingga 2.2GHz dan dibantu GPU Adreno 616 – menawarkan pengalaman penggunaan yang baik. Realme 3 Pro didatangkan dengan pilihan memori sehingga 6GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB. Turut tersedia slot kad microSD sehingga 256GB.

Untuk melihat sendiri prestasi Realme 3 Pro, kami telah menjalankan beberapa ujian penanda aras seperti aplikasi dan Geekbench sebagai rujukan semua. Dalam ujian antutu, Realme 3 Pro mencatatkan skor sebanyak 154,844 mata. Beralih pada ujian Geekbench 4, Realme 3 Pro mencatatkan skor 1,439 untuk ujian tunggal, manakala 5,847 mata untuk ujian pelbagai teras.

Beralih pada prestasi keselamatan peranti, Realme 3 Pro hadir dengan sokongan pengimbas cap jari dan pengecaman wajah. Prestasi pengimbas cap jari berfungsi dengan pantas dan tepat – namun tidak sepantas fungsi pengecaman wajah. Menariknya, pengimbas cap jari boleh digunakan untuk mengambil gambar – tetapan pada kamera.

 

 [ Ketahanan Bateri ] 

Dengan badan setebal 8.3mm, Realme 3 Pro diselitkan bateri berkapasiti 4,045 mAh bersama pengecasan pantas VOOC 3.0 dan pengecas 20W disediakan dalam kotak. Sokongan bateri ini dilihat mampu bertahan selama satu hari suntuk untuk penggunaan aktif. Manakala, mampu bertahan sekitar dua hari untuk penggunaan biasa.

 

 [ Kamera Hebat Untuk Segmen Kelasnya ] 

Dari aspek kamera, boleh dikatakan Realme 3 Pro memiliki keupayaan kamera terbaik dalam kelasnya. Realme 3 Pro memiliki dwi kamera utama dengan kombinasi lensa 16MP (f/1.7) (sensor Sony IMX519) + 5MP (f/2.4). Perisian kamera diperkuatkan lagi dengan dua ciri menarik seperti Mod Nightscape dan Chroma Boost.

Mod Nightscape membolehkan pengguna merakam gambar waktu malam dengan hasil yang lebih terang di samping kualiti imej terbaik tanpa menggunakan tripod. Dengan bantuan AI, ia bantu perbaiki dan mengurangkan ‘noise’ untuk penghasilan gambar lebih tajam.

Chroma Boost pula membantu meningkatkan ketepuan warna dalam gambar agar kelihatan lebih menonjol dan seimbang. Realme 3 Pro juga berkeupayaan menyokong tangkapan foto dengan resolusi 64MP Ultra HD (boleh didapati pada fungsi expert).

Kamera hadapan Realme 3 Pro dilengkapi dengan lensa 25MP (f/2.0). Penghasilan gambar swafoto kelihatan lebih jelas dengan perincian yang tajam. Fungsi portrait juga dilihat pada tahap baik dengan kesan kabur yang memuaskan.

Untuk video, Realme 3 pro sokong rakaman video 4K dan video gerak perlahan 960fps/720p. Tidak ketinggalan, ia turut menyertakan sejumlah mod lain seperti panorama, time-lapse dan sebagainya.

[ BACA :  Kongsi Gambar – Hasil Tangkapan Foto Dari Lensa Realme 3 Pro ]

 

[ Apa Kata Editor? ]

Melihat kepada spesifikasinya, kami boleh katakan Realme 3 Pro antara peranti pintar terbaik dalam kelasnya. Secara peribadi, kami berpuas hati dengan keupayaan dan prestasi keseluruhan yang ada pada Realme 3 Pro. Bukan sahaja memiliki rekaan menawan bahkan ia juga memberi pengalaman luar biasa di samping lonjakan fungsi yang dipertingkatkan.

Suka diingatkan, Realme 3 Pro bakal mendarat di pasaran Malaysia pada 14 Mei 2019 [SELASA]. Adakah anda teruja untuk menantikan kemunculannya? Kekal bersama eRing untuk update rasmi mengenai harga peranti ini kelak!

Unboxing ↓↓↓

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here