**********

Pengemar gaming pastinya teruja dengan kehadiran peranti terbaharu daripada Republic of Gamer(ROG) iaitu ASUS ROG Zephyrus S GX701 yang mana ia bakal di jual pada harga RM13999. Reka bentuk yang futuristik disamping spesifikasi yang tinggi menjanjikan keupayaan bermain game ditahap yang terbaik.

Spesifikasi

Peranti yang sangat berkuasa ini dengan reka bentuk yang unik pastinya dihadirkan dengan spesifikasi yang sangat menakjubkan. ROG Zephyrus S GX701 dihadirkan dengan pemproses Intel Corei7 generasi ke-8. Ia turut dipertingkatkan dengan 6 teras dan 12 threads yang mana ia sangat sesuai digunakan untuk kerja dan bermain game. Berikut adalah spesifikasi penuh peranti ini:

Reka Bentuk Yang Nipis Dan Futuristik

Jika dilihat daripada luaran, komputer riba ini pastinya sangat unik dan ringan bagi kelasnya. Dihadirkan dengan ketebalan 18.7mm dan berat 2.7kg serta skrin bersaiz 17 inci. Turut dihadirkan dengan kamera ROG Gladius II dan kamera ROG Fealess Eye GC21.

Jika dilihat dari segi rekaan papan kekuncinya, ia berada di bahagian bawah dan di tengah-tengah komputer riba tersebut disertakan dengan sistem penyejukkan yang memberikan kesejukan yang lebih efisen pada komputer riba ini.

Turut disertakan dengan butang roller yang mengawal kelantangan suara komputer riba ini. Jika anda menekan butang tersebut, ia akan mengaktifkan mod senyap.

Uniknya, TouchPad komputer riba ini terletak disebelah kanan papan kekunci. Mungkin bagi sesetengah orang agak kekok menggunakan touchPad ini khususnya pemain kidal. Namun setelah menggunakan beberapa ketika anda akan terbiasa menggunakannya. Anda juga boleh menghidupkan NumberPad pada TouchPad.

# Reka Bentuk Keseluruhan

Paparan Besar Dengan Kepuasan Tontonan

Menariknya mengenai peranti ini, ia disertakan dengan paparan yang menakjubkan skrin penuh 17.3 inci (1920 x 1080) dan saiz bingkai sebesar 6.9mm. Sungguhpun Zephyrus S GX701 ni bersaiz 15 inci tetapi ia dapat memasukkan saiz skrin 17.3 inci. Ia sekaligus memberikan pengalaman visual yang sangat menarik kepada pemain.

Dalam pada itu, ia turut disertakan dengan pensijilan warna Pantone yang mempunyai prestasi warna sRGB 100% dengan kadar refreh rate 144Hz dan respond time adalah 3ms. Jadi ketika anda bermain game seperti Dota 2 pastinya akan memberikan kelancaran tanpa gangguan.

Armory Crate

Menerusi ciri ini, anda boleh memantau tahap prestasi komputer anda khususnya ketika bermain game. Menariknya, anda boleh melakukan tetapan Aura sync bagi papan kekunci anda.Pencahayaan pada papan kekunci ini boleh ditetapan kepada beberapa pilihan antaranya Static, Breathing, Strobbing, Color Cyle, Rainbow dan sebagainya. Kelajuan pergerakan warna pada papan kekunci ini juga boleh ditetapkan.

NVIDIA GeForce RTX 2080 dengan Max-Q!

Ini merupakan keterujaan bermain game bermula. Ia pastinya menjanjikan kesan grafik yang sangat baik. Buat julung kali ia disertakan dengan Max-Q yang pastinya memberikan keseimbangan sempurna ketika bermain game yang besar. Jadi ketika bermain, segala perincian permainan tersebut dapat dilihat dengan sangat baik ketika bermain.

Prestasi Bermain Game Yang Tiada Tolok Banding

Pastinya peranti ini menepati peranannya sebagai peranti gaming. Sepanjang bermain menggunakakan peranti ini, tiada sebarang gangguan. Grafik dan sistem kawalan adalah sangat baik tanpa ada sebarang lag. Dengan paparan yang besar ini memberikan lebih keseronokkan.

Sistem Bunyi Yang Sangat Baik

Sistem bunyi bagi komputer riba adalah sangat baik. Kedudukan speaker yang berada di bahagian bersebelahan papan kekunci memberikan bunyi yang sangat menakjubkan. Ia adalah sangat penting khususnya ketika bermain game yang pastinya menambah keasyikan ketika bermain game.

Sistem Penyejukkan

Sistem penyejukkan peranti ini adalah sangat baik apabila ia dilengkapi dengan AAS cooling system disertakan dengan prestasi tinggi 12V Anti-dust cooling fan yang memberikan laluan udara untuk menyejukkan komputer riba ini ketika digunakan.

Ia turut disertakan dengan 5 set heat pipes dan 4 set heat sinks dengan vents untuk mengoptimumkan sistem penyejukkan.

Pengecasan

Zephyrus S GX701 pastinya memberikan pelbagai kelainan kepada di sertakan dengan sokongan pengecasan DC dan Type-C. Jika anda sedang menggunakan komputer dan tidak menjumpai plag untuk mengecas jangan bimbang kerana anda boleh mengecas dengan power pack. Jadi anda tidak perlu membawa pengecas yang berat ketika di luar. Tetapi harus diingatkan bahawa pengecas PD ini akan memberikan proses pengecasan yang perlahan. Jadi tidak sesuai jika anda ingin bermain game dengan prestasi yang tinggi.

Dalam pada itu, kami telah menjalankan proses pengecasan ke atas peranti ini. Kami mula mengecas peranti ini ketika ia berada pada 6% iaitu pada jam 10.46 pagi. Ia selesai dicas pada 100% iaitu pada jam 1.23 petang. Pengecasan ini mengambil masa hanya selama 2 jam 37 minit.

RangeBoost Technology

Pastinya ketika bermain game secara atas talian (online) akan menganggu sekiranya terdapat masalah capaian internet. Dengan Rangeboost, ini dapat diatasi. Ia mengabungkan 4 antena yang trerletak di bahagian belakang dan hadapan komputer riba ini yang mana algoritma yang unik ini akan mengimbas persekitaran dan memilih pasaran antena bagi melindungi kawasan ‘deadspot’ yang secara langsung memberi liputan yang lebih baik.

Ujian

Kami telah menjalankan ujian ke atas komputer riba menggunakan UserBenchmark dan CrystalDiskMark. Dari hasil ujian ini memperlihatkan bahawa ia berada prestasi yang terbaik.

# UserBenchMark

# CrystaldiskMark

Apa Kata Editor

Secara keseluruhannya, ASUS ROG Zephyrus S GX701 pastinya sebuah komputer riba gaming yang sesuai buat kaki game. Dengan reka bentuk yang unik dan sistem penyejukkan yang terbaik. Lebih penting lagi grafik yang ditampil serta prestasi ketika bermain game menjanjikan kepuasan. Bateri yang besar memudahkan anda untuk bermain game dengan lebih lama. Berbaloi untuk dimiliki!!!

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here