- Iklan -

HARGA: RM1,699

Siapa sahaja yang tidak mengenali jenama telefon pintar terkenal, HONOR yang baru sahaja melancarkan siri HONOR 20. Antara model yang menjadi sorotan terbaharu adalah HONOR 20 yang pastinya mampu merakam keajaiban serta melaksanakan pelbagai fungsi yang menarik pada peranti ini. Jom kita lihat dengan lebih mendalam keajaiban peranti ini.

Spesifikasi Penuh

Spesifikasi

HONOR 20

Sistem Operasi (OS)

Android 9 Pie

Pemproses

Kirin 980 AI Chipset Dengan Dual NPU

Memori / Storan

6GB

128GB

Paparan

6.26 inci All-View Display

Bateri

3750mAH

22.5W HONOR SuperCharge

Kamera Utama

48MP(F/1.8) + 16MP(F/2.2) + 2MP(F/2.4) + 2MP(F/2.4)

Kamera hadapan

32MP

Warna

Midnight Black

Bunyi

Virtual 9.1 Surround Sound

 

 

Rekaan yang Unik

Peranti ini sekali pandang sahaja sudah menarik perhatian. Tampil dengan glass panel memberikan peranti ini sentuhan eksklusif. Jika dilihat di bahagian belakang, susunan kameranya juga tampak unik kerana susunan 4 kameranya yang berbeza dari peranti yang lain. Ia disusun dalam bentuk L yang memberikan satu nafas baharu dalam rekaan.

Kedudukan sistem pengimbas cap jari juga adalah sesuatu yang unik kerana ia tidak berada di bahagian belakang mahupun ditanam pada skrin tetapi ia tampil di bahagian sisi kanan. Ia nyata sangat unik tetapi bagi pengguna kidal agar sukar untuk menjalankan proses imbasan pada permulaannya tetapi setelah beberapa ketika, anda akan terbiasa menggunakannya.

 

# Cara tetapan
Pergi ke settings kemudian pilih Security & Privacy. Pilih Fingerprint ID dan lakukan imbasan cap jari. Kini ia sudah tersedia.

 

Paparan Yang Mempersona

Paparan peranti ini pastinya tidak mengecewakan apabila ia disertakan dengan 6.26 inci All-View Display yang memberikan tontonan penuh kepada pengguna. Dengan 91.76% nisbah skrin ke kerangka pastinya menjanjikan kepuasan tontonan.

Lebih menakjubkan, kamera berlubang pada skrin peranti ini adalah yang terkecil iaitu 4.5mm sahaja. Jadi ia pastinya memberikan lebih kepuasan tontonan kepada anda.

 

Cip Pemprosesan Yang Berkuasa

Seperti yang diketahui, peranti ini disertakan dengan cip pemproses 7nm Kirin 980 AI Chipset pertama di dunia yang ada pada telefon pintar. Ia pastinya mampu memberikan prestasi yang terbaik buat peranti ini. Pelbagai kelebihan yang boleh diperoleh menerusi antaranya ia mampu mempertingkatkan prestasi CPU sebanyak 75%, pemprosesan kamera sebanyak 46%, prestasi GPU sebanyak 46% dan AI Recognition sebanyak 120%.

Jadi tidak hairanlah sepanjang kami menggunakan peranti ini tiada sebarang lag berlaku walaupun beberapa aplikasi dibuka. Proses rakaman gambar berjalan dengan lancar dan penggunaan AI Recognition berada pada tahap yang terbaik.

 

Kamera Yang Menakjubkan

Pastinya ini merupakan antara sorotan keajaiban peranti HONOR 20 ini apabila tampil dengan 4 kamera. Kamera peranti ini pastinya mampu menghasilkan imej yang mempersona.

#Kamera Belakang

Tampil dengan 4 kamera utama di bahagian belakang. Kamera tersebut disertakan dengan 48MP (f/1.8) + 16MP (f/2.2) + 2MP(F/2.4) + 2MP(F/2.4). Turut dihadirkan dengan Sony IMX 586 pastinya memberikan imej yang mempersona. Kualiti yang dipamerkan ketika rakaman berada pada kelas yang tersendiri.

Rakaman pada waktu malam juga tidak mengecewakan apabila ia mampu merakam lebih banyak perincian dan lebih terang. Mode seperti Light Painting dan Light Trail juga dapat dilaksanakan dengan sangat baik menerusi peranti ini.

Rakaman makro juga adalah sangat baik apabila peranti ini mampu merakam pada jarak yang sangat dekat iaitu 4cm yang pastinya sangat menakjubkan. Lensa adalah lebih mudah fokus ketika rakaman pada jarak yang sangat dekat ini.

#Kamera Hadapan

Peranti ini tampi dengan 32MP bagi kamera hadapan yang pastinya mampu merakam swafoto yang terbaik. Bokeh yang terhasil dari kamera peranti ini tampak lebih natural. Bentuk Bokeh juga boleh dipilih dengan menekan simbol di bahagian sebelah kiri.

Pelbagai pilihan yang terdapat pada ciri ini iaitu Circles, Hearts, Swirl, Disc dan lain-lain.

Anda boleh mempertingkatkan tahap kecantikan imej anda dengan menekan simbol Beauty di bahagian bawah sebelah kanan.

 

Hasil Gambar

Berikut merupakan hasil gambar yang diambil menerusi peranti ini:

 

Prestasi Gaming Yang Super Cool!!!

Prestasi bermain permainan mudah alih peranti ini juga tidak mengecewakan apabila ia tampil dengan GPU Turbo 3.0. Ia memberikan peranti ini lebih kepantasan dalam menjalankan permainan yang dimainkan oleh pengguna. Kami telah menguji peranti ini dengan bermain permainan Mobile Legend dan PUBG.

Sepanjang kami bermain, tiada sebarang lag berlaku dan kesan grafiknya juga berada pada tahap yang sangat baik. Dengan kawalan yang sangat baik lebih mudah untuk pengguna ‘Push Rank’ dalam Mobile Legend atau ‘Winner-Winner Chicken Dinner’ dalam PUBG dicapai.

 

Sistem Bunyi Yang Bergema

Pengalaman bermain permainan mudah alih atau menonton video tidak lengkap jika tidak disertakan dengan sistem bunyi yang menakjubkan. Justeru, HONOR 20 ini tampil dengan Virtual 9.1 Surround Sound yang mana ia pastinya memberikan kesan bunyi yang menakjubkan.

Sepanjang kami menggunakan peranti ini ketika menonton video dan bermain permainan mudah alih seperti Mobile legend, ia pastinya disertakan dengan sistem bunyi yang baik dan perincian bunyi yang tepat. Komunikasi ketika bermain permainan mudah alih menerusi speakernya amat baik kerana ia sangat jelas.

 

Bateri Yang Tahan Lama

HONOR 20 ini disertakan dengan kapasiti bateri yang agak besar iaitu 3750mAh yang boleh bertahan lama serta 22.5W HONOR SuperCharge yang mampu untuk mengecas pantas. kami telah menjalankan ujian pengecasan ke atas peranti ini ketika baterinya berada pada 17% iaitu pada jam 1.11 petang.

Ia kemudiannya mencapai 100% pada jam 2.28 petang. Ia mengambil masa hanya selama 1 jam 17 minit.

 

Ujian

Kami telah menjalankan ujian ke atas peranti ini menerusi 2 aplikasi iaitu AnTuTu Benchmark dan GeekBench 4. Menerusi hasil dapatan daripada ujian ini mendapati bahawa peranti ini berada dalam prestasi yang sangat baik dan mampu bersaing dengan peranti-peranti lain yang berada di pasaran. Berikut adalah hasil ujian bagi peranti ini:

# AnTuTu BenchMark

# GeekBench 4

 

Apa Kata Editor

Secara keseluruhan peranti ini adalah berbaloi untuk dimiliki. Bagi pengguna yang gemar mengambil gambar pastinya peranti ini boleh menjadi pilihan anda. Dengan spesifikasi yang tinggi dan bateri yang mampu bertahan lama, menjanjikan pengalaman yang sangat baik. Disebabkan prestasi yang tinggi, prestasi bermain permainan mudah alih berada pada tahap yang sangat baik. Jadi ia memang berbaloi untuk dimiliki!!!

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here