**********

HUAWEI ternyata memiliki aura tersendiri sehingga mampu mencuri perhatian ramai dengan kemunculan HUAWEI P30 Pro. Titik utama HUAWEI P30 Pro terletak pada kamera – penggambaran malam lebih menyerlah di samping fungsi zoom hebat. Sejauh mana logiknya? Bersama eRing, kita cuba kupas lebih lanjut mengenai pewaris HUAWEI ini…

 

»—————————–✄—————————–✄—————————–✄

📸 REKA BENTUK 📸

HUAWEI P30 Pro didatangkan dengan pilihan warna menarik yang memiliki pesona tersendiri di mata sesiapapun memandang seperti Amber Sunrise, Breathing Crystal, Black dan Aurora. Reviu unit diterima adalah Breathing Crystal – sering menjadi pilihan ramai.

Kemasan belakang peranti diperbuat daripada kaca bersama efek menarik apabila terkena pantulan cahaya – pun begitu ia memantulkan imej dengan mudah. Peranti ini memiliki sisi melengkung pada setiap sudut – menjadikannya sesuai dengan citarasa si pemiliknya.

Badan peranti ini agak nipis – memudahkan pengguna untuk membawanya kemana sahaja tanpa sebarang masalah. Lebih mengagumkan, ia dibina dengan sokongan pengimbas cap jari dalam skrin. Terdapat juga fungsi pengimbas wajah sebagai alternatif.

Reviu Unit – Breathing Crystal

Jika diteliti, tiada lubang pembesar suara panggilan pada peranti ini. Kerana, HUAWEI P30 Pro dilengkapi paparan pemancaran bunyi magnet – integrasi pembesar suara dalam skrin menggunakan teknologi HUAWEI Acoustic Display bagi kualiti bunyi yang kuat dan jelas.

Reka Bentuk HUAWEI P30 Pro

HUAWEI P30 Pro mempunyai butang kuasa dan laras suara di sisi kanan. Manakala, sisi kiri kelihatan kosong kerana tidak membawakan sebarang butang. Bahagian atas terdapat blaster IR dan sebuah lubang mikrofon. Bawahnya pula menempatkan pembesar suara tunggal, port USB Type-C, lubang mikrofon dan slot kad SIM.

 

»—————————–✄—————————–✄—————————–✄

📸 PAPARAN 📸

HUAWEI P30 Pro dibina dengan rekaan premium di samping bezel yang nipis. Peranti ini mempunyai saiz paparan 6.47″ FHD+ menggunakan panel OLED. Di atas skrin, terdapat takuk sebesar titisan air. Perkara ini sekaligus menjadikan nisbah skrin-ke-badan mencecah 88.6%.

Paparan Hadapan

Peranti ini memiliki kepadatan piksel 431 ppi. Secara peribadi, paparan ini harus dipuji – menawarkan pengalaman skrin dengan sudut pandang luas bersama kontras luar biasa. Dari segi penghasilan semula warna, ia kelihatan tepat bersama kandungan yang berkualiti tinggi.

HUAWEI P30 Pro hadir dengan sistem operasi EMUI 9.1 berasaskan Android 9 Pie. Kemas kini ini hadir bersama sejumlah ciri-ciri menarik seperti GPU Turbo 3.0, kunci kereta pintar, HUAWEI Share OneHop, sistem fail EROFS dan editor pintar (proses suntingan automatik).

 

»—————————–✄—————————–✄—————————–✄

📸 PRESTASI 📸

Prestasi peranti ini boleh dikelaskan baik dan berbaloi untuk dimiliki. HUAWEI P30 Pro mengusung cip pemproses Kirin 980 melalui kuasa pemprosesan Dual-NPU AI. Memori juga tidak mahu kalah – RAM hingga 8GB dan ROM hingga 512GB.

HUAWEI P30 Pro juga mempunyai sistem penyejukan dipertingkatkan dengan kombinasi graphene film bersama paip haba baru bagi meningkatkan prestasi dan memastikan peranti sentiasa terbaik meskipun ketika penggunaan maksima.

Pemproses Kirin 980 Dual-NPU AI

Secara peribadi, kami mendapati segala aktiviti seperti melayari internet, sosial media, bermain game dan sebagainya tidak mendatangkan masalah. Bahkan, gabungan cip dan memori yang seimbang menjadikan ia mampu menggalas tugas dengan jayanya.

Bagi melihat sendiri sejauh mana kehebatan prestasi HUAWEI P30 Pro, kami telah menjalankan beberapa ujian penanda aras keatasnya menerusi aplikasi AnTuTu Benchmark dan GeekBench 4 sebagai rujukan. Hasil ujian adalah seperti di berikut :

Ujian Penanda Aras

Beralih pada keselamatan, HUAWEI P30 Pro menyertakan pengimbas cap jari pada skrin dan pengecaman wajah. Prestasi pengimbas cap jari boleh dikatakan pantas – menangkap cap jari dengan baik dan menyahkunci serta merta. Fungsi pengecaman wajah juga tidak mahu kalah – mampu mengecam wajah tanpa mengira keadaan.

 

»—————————–✄—————————–✄—————————–✄

📸 BATERI 📸

HUAWEI P30 Pro dilengkapi bateri dengan kapasiti 4,200 mAh dengan sokongan HUAWEI SuperCharge 2.0 di bawah output 40W (melalui USB-C). Secara peribadi, ketahanan bateri HUAWEI P30 Pro adalah sesuatu yang harus dipuji. Penggunaan biasa, mampu bertahan lebih sehari – pengunaan aktif bertahan sehari suntuk. Menariknya, ia turut menyertakan sokongan pengecasan tanpa wayar berbalik – menjadi powerbank tanpa wayar yang mampu mengecas peranti lain yang sokong teknologi ini.

 

»—————————–✄—————————–✄—————————–✄

📸 KAMERA  📸

HUAWEI P30 Pro mempunyai sistem quad-kamera bersama sensor yang tinggi : 40MP + 20MP (Wide Angle) + 8MP (telephoto) + lensa TOF. Untuk kamera swafoto, ia membawakan lensa 32MP. Dengan pelbagai idea dan kesegaran yang dibawa, tidak keterlaluan jika dikatakan peranti ini adalah raja dalam dunia fotografi buat ketika ini.

Kamera UI

Perkara paling menarik pada peranti ini adalah kamera utama dibenam lensa periscope dengan sokongan 5X zoom optikal, 10x zoom hibrid dan 50x zoom (panjang fokus : 16mm – 1343mm). Lebih menarik, sokongan AIS + EIS digabungkan menjadi satu bagi penghasilan imej yang lebih stabil dan jelas (**klik pada gambar untuk saiz sebenar**).

Bukan itu sahaja, kamera utama juga dilihat menerima peningkatan ketara – sama ada penggambaran biasa mahupun pencahayaan rendah. Kami telah menguji sendiri keupayaan untuk kamera ini dan hasil dapatan menunjukkan gambar yang diambil mengagumkan dengan butiran terperinci – tona warna menarik di samping kualiti terbaik.

Fungsi video HUAWEI P30 Pro juga menerima penambahbaikan. Dengan gabungan OIS + AIS, video terhasil memuaskan. Peranti ini juga dilengkapai ciri unik iaitu Dual-View Video mode – merakam video secara serentak menerusi kanta super sudut lebar dan telephoto. Ia sokong pelarasan zoom dan fokus secara bebas.

 

»—————————–✄—————————–✄—————————–✄

📸 KOMEN PENULIS 📸

Dengan idea baru yang dipersembah oleh HUAWEI untuk model terbaru kali ini – semua benda boleh dilakukan dengan hanya satu klik. Korang mencari peranti dengan keupayaan kamera terbaik di samping ciri lebih mantap? Jika ya, maka inilah pilihan yang tepat! Bagi yang berminat, HUAWEI P30 Pro boleh dimiliki pada harga seperti berikut :

MODEL WARNA VERSI HARGA
HUAWEI P30 Pro Breathing Crystal, Aurora, Black 8GB  + 256GB RM3,799
Amber Sunrise 8GB + 512GB RM4,399

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here