**********

Samsung baru sahaja memperkenalkan Galaxy Tab A (2019) 10.1 direka dengan rekaan yang sangat nipis dan kompak. Fungsinya yang pelbagai pastinya sesuai buat semua golongan. Pastinya tablet ini bakal memberikan kelebihan bukan sahaja kepada ibu bapa malahan juga kepada anak-anak.

Spesifikasi Penuh

Spesifikasi

Samsung Tab A (2019) 10.1

Pemproses

Octa-Core 1.8GHz + 1.6GHz

Sistem Operasi

Android 9

Paparan

10.1 inci, 1920 x 1200 (WUXGA)

Bateri

6,150mAh

Memori

3GB RAM, 32GB ROM (sokong microSD sehingga 512GB)

Kamera

Utama: 8MP
Hadapan: 5MP

Sambungan

USB Type-C

Dimensi / Berat

245.2mm x 149.4mm x 7.5mm / 470g

Warna

Gold Dan Hitam

Harga

RM899 (WIFI) / RM1,299 (LTE)

Rekaan Yang Menarik

Peranti ini pastinya sesuai digunakan untuk pelbagai lapisan masyarakat. Justeru rekaan yang boleh disesuaikan bagi peringkat umur pastinya sangat membantu. Direka dengan Premium Metal bagi bahagian belakang pastinya sesuai untuk pengguna seperti kanak-kanak dan juga memberi sentuhan baharu bagi pengguna dewasa. Material ini juga amat selesa ketika dipegang khususnya bagi tablet bersaiz besar seperti ini

Paparan Yang Sangat Luas

Paparan tablet ini pastinya sangat menakjubkan dengan keluasan paparan yang sangat besar. Dihadirkan dengan 10.1 inci WUXGA display yang memberikan 1920 x 1200 piksel yang pastinya memberikan kesan paparan yang baik mengikut kelasnya. Jadi ketika anda menonton rancangan di Netflix atau Youtube pastinya berasa puas kerana kualiti imej dan warna yang terhasil.

Bunyi Yang Mengagumkan

Pastinya bunyi yang enak dan menakjubkan dapat menambah lagi kepuasan tontonan anda. Seperti tidak lengkap jika sesebuah peranti tidak dihadirkan dengan sistem bunyi yang baik. Peranti ini pastinya tampil dengan sistem bunyi yang sangat baik.

Tampil dengan sistem dwi speaker dengan Dolby Atmos three-dimensional surround menzahirkan keenakkan bunyi yang mempersona. Sistem bunyi peranti ini pastinya seiring dengan kepuasan tontonan.

Daya Tahan Bateri Yang menakjubkan

Samsung Tab A 10.1 ini disertakan dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 6150mAh yang pastinya memberikan jangka hayat bateri yang mampu bertahan dengan lama. Kami telah menguji tablet ini dengan menonton video tanpa henti selama 2 jam ketika bateri pada kadar 73%. Selepas selesai bateri berada dalam peratusan 49%. Ia hanya menggunakan 24% sahaja. Jadi baterinya mampu bertahan dengan lama.

Kamera Yang Boleh Tahan

Seperti yang kita ketahui, tablet ini tidak memberi fokus kepada fungsi kamera. Namun apa yang menariknya kualiti daripada hasil gambar daripada tablet ini agak baik. Dihadirkan dengan kamera 8MP bagi kamera belakang dan 5MP bagi kamera hadapan pastinya mampu merakam gambar dengan baik. Kamera peranti ini disertakan dengan beberapa mode seperti Photo, Panorama, Pro, dan Video.

#Scene Optimizer

Terdapat juga Scene optimizer yang terletak di bahagian bawah sebelah kanan bagi mempertingkatkan kualiti rakaman ketika mengambil gambar pemandangan.

# HDR
Anda juga boleh menggunakan HDR ketika merakam gambar yang pastinya membantu anda merakam gambar dengan baik.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu memilih tetapan pada aplikasi kamera tersebut. Kemudian pilih HDR (rich tone). Anda boleh memilih sama ada untuk menggunakannya ketika perlu (Apply when needed)atau sentiasa menggunakan(Always apply).

# Swafoto 

Lebih menarik, disebabkan saiz peranti ini yang agak besar, satu ciri yang menarik boleh anda lakukan. Anda boleh merakam gambar swafoto dengan hanya menggunakan tapak tangan sahaja. Berikut adalah caranya:

[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]

 

# Hasil Gambar

 

Prestasi Gaming

Sepanjang menggunakan tablet ini ketika bermain game, ia memberikan pengalaman yang baik. Tiada sebarang lag ketika bermain game seperti Mobile Legend. Grafik yang dipaparkan juga agak baik dan pengawalan watak di dalam game ini juga lancar. Dengan kapasiti bateri yang besar membolehkan pengguna bermain permainan mudah alih dalam tempoh masa yang lama.

Mesra kanak-kanak

Tablet ini bukan hanya sesuai untuk orang dewasa namun juga bagi kanak-kanak. Dengan zaman yang semakin canggih ini, pendidikan menerusi gajet tampak mampu membantu perkembangan anak-anak. Tablet ini dilengkapi dengan sistem Kids Home dan peranti ini terus boleh digunakan bagi kanak-kanak. Anda juga boleh memantau penggunaan tablet ketika digunakan oleh mereka.

Dengan hanya slide ke bawah dan kemudian klik pada butang ‘Kids Home’ paparan dan fungsi tablet ini dapat disesuaikan dengan kanak-kanak. Lantas ibu bapa boleh mengawal penggunaan dan tempoh waktu penggunaan tablet.

Ujian

Kami telah melaksanakan ujian ke atas peranti ini menerusi 2 aplikasi iaitu AnTuTu Benchmark dan GeekBench 4. Hasil daripada keputusan ini memperlihatkan ia berada pada tahap yang baik bagi kelasnya. Berikut adalah keputusan ujian ke atas peranti ini:

# AnTuTu Benchmark

# Geekbench 4

Apa Kata Editor

Secara keseluruhan, peranti ini boleh dikatakan sangat baik buat kelasnya. Kepelbagaian tugas sama ada untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak sangat bermanfaat. Dengan spesifkasi yang baik dan tampil dengan paparan dan sistem bunyi yang mempersona memberikan kepuasan tontonan buat pengguna. Anda juga boleh bermain game dengan baik menggunakan peranti ini. Boleh dikatakan peranti ini adalah sesuai buat semua.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here