**********

Jenama ASUS pasti sudah tidak asing lagi bagi peminat gajet khususnya bagi pengemar game. ASUS baru sahaja melancarkan peranti baharu iaitu ASUS TUF Gaming (FX505DU) yang buat julung kalinya mengabungkan di atara AMD dan NVIDIA. Pastinya menerusi gabungan ini pada peranti ini pastinya akan memberikan prestasi komputer riba sama ada bagi untuk bermain game atau untuk melaksanakan tugasan pastinya dapat dilakukan dengan baik menerusi komputer riba ini.

 

Spesifikasi Penuh

Spesifikasi

ASUS TUF Gaming FX505DU

Sistem Operasi

Window 10 Home

CPU

AMD Ryzen 7-3750H

GPU

NVIDIA GeForce GTX1660Ti

VRAM

GDDR6 6GB

Memori

DDR4 26664G*1

Storan

512GB PCIE NVME SSD

Saiz LCD

15.6 inci FHD/ IPS Panel/ 60Hz / 25ms / Antiglare

RAM Slot

2

Bateri

48WHrs, 3S1P, 3-cell Li-ion

Warna

Stealth Black

 

 

Reka Bentuk Yang Setanding Spesifikasi

Komputer riba ini pastinya tampil dengan reka bentuk yang sangat menarik. Dihadirkan dengan rekaan futuristik memberikan perasaan bermain game yang lebih baik. Tampil dengan warna Stealth Black membuatkan ia tampak lebih eksklusif.

Kesemua port USB di letakkan di bahagian kiri bagi membolehkan kawalan tetikus lebih lancar tanpa gangguan di sebelah kanan. Papan kekunci juga tampak lebih kemas dengan sentuhan RGB Backlit memberikan nilai tambah bagi peranti ini.

 

Paparan Yang Memukau

Ini antara yang menjadi sorotan bagi komputer riba ini apabila ia dihadirkan dengan rekaan NanoEdge yang mempunyai bezel yang sangat nipis iaitu 7.18mm yang pastinya dapat memberikan paparan penuh sepanjang tontonan.

Komputer riba ini disertakan dengan IPS-level panel sehingga 120Hz bagi memberikan kelancaran ketika bermain game. Ia juga mampu menghasilkan warna yang sangat mempersona.

 

Kuasa Dalaman Yang Mengagumkan Dalam Melaksanakan Pelbagai Tugasan

Komputer riba ini sudah tidak asing lagi dihadirkan dengan GeForce GTX 1660TI yang mampu memberikan pengalaman bermain game atau Live Streaming yang sangat lancar tanpa ada sebarang gangguan. Menambahkan lebih keterujaan dan kuasa apabila ia turut dihadirkan dengan pemproses AMD Ryzen dengan quad cores dengan 8 threads akan memudahkan anda melaksakan pelbagai tugasan dengan pantas dan efisen.

Jadi tidak hairanlah ia mampu untuk memberikan pengalaman bermain game yang sangat baik pada grafik yang sangat tinggi. Sungguhpun ia peranti gaming, tapi pastinya dapat membantu anda dapat melaksanakan tugasan harian.

 

Ketahanan Yang Sangat Kuat

Menariknya bagi komputer riba ini ialah ia telah mendapat Military-grade MIL-STD-810G bagi ujian ketahanan. Ia pastinya sebuah peranti ayang lasak apabila mampu untuk bertahan dalam sebarang situasi sama ada pendedahan kepada radiasi solar, altitut tinggi dan suahu yang tinggi. Ia juga boleh bertahan walaupun ketukan atau jatuhan dari paras meja. Jadi anda tidak perlu bimbang lagi.

 

Sistem Penyejukkan Terbaik

Seperti komputer gaming yang lain, sistem penyejukkan amatlah penting kerana penggunaannya yang lama. Justeru ASUS TUF Gaming FX505DU (AMD + NVIDIA) disertakan dengan rekaan HyperCool Thermal.

Ia turut disertakan dengan ‘Turbo Mode’ yang mana boleh mempertingkatkan prestasi penyejukkan. Anda boleh menekan ‘FN + F5’ bagi menukar mode penyejukkan yang bersesuaian.

 

Audio Yang Dipertingkatkan

Selain dariapada paparan dan spesifikasi yang mengagumkan, ia turut dihadirkan sistem bunyi yang memukau. Ia tampil dengan peningkatan DTS audio yang memberikan kepada pengguna 7.1 channel surround sound.

Ia turut memberikan beberapa mode antaranya mempertingkatkan bunyi muzik, movie atau game bagi menjadikannya lebih realistik. Justeru ia dapat memberikan keterujaan ketika bermain game atau menonton video.

 

Pengalaman Gaming Yang Terbaik

Seperti yang diketahui, komputer riba ini dihadirkan dengan CPU AMD Ryzen 5-3550H serta GPU NVIDIA GeForce GTX1650. Ia pastinya gabungan yang mampu memberikan pengalaman bermain game yang maksima.

Tanpa ada sebarang lag walaupun bermain game yang menggunakan kesan grafik yang sangat tinggi pastinya membuatkan pemain begitu asyik bermain. Kami telah menguji komputer riba ini dengan bermain game Dota 2, pastinya tiada sebarang masalah dan sangat lancar.

 

Bateri Yang Tahan Lama

Seperti yang diketahui, Komputer riba ini tampil dengan bateri yang sangat besar iaitu 48WHrs, 3S1P, dan 3-cell Li-ion yang mampu memberikan daya tahan kepada komputer ini. Kami telah melaksanakan ujian pengecasan ke atasan peranti ini.

Kami mula mengecas peranti ini pada jam 10.19 pagi iaitu ketika bateri pada 3%. Ia mencapai 100% pada jam 12.45 tengah hari. Ia mengambil masa hanya selama 2 jam 26 minit.

 

Papan Kekunci Yang Menarik

Seperti yang diketahui, peranti ini tampil dengan papan kekunci yang sangat cantik dan menarik. Ia tampil dengan RGB-backlit. Pengguna boleh memilih kesan pencahayaan pada papan kekunci untuk menjadikan ia lebih menarik menerusi TUF Aura Core Software.

Butang ‘WASD’ direka secara unik bagi pemain FPS. Setiap butang pada papan kekunci tampi dengan 0.25mm permukaan melengkung yang memberikan lebih keselesaan ketika bermain game atau menaip.

 

Ujian

Kami telah menguji peranti ini menggunakan aplikasi User Benchmark dan CrystalDiskMark. Hasil dapatan ujian mendapati ia berada pada prestasi yang sangat baik. Berikut adalah hasil ujian tersebut:

# User Benchmark

# CrystalDiskMark

 

 

Apa Kata Editor?

Secara keseluruhannya, komputer riba ini berada di tahap yang sangat baik. Kombinasi AMD + NVIDIA yang buat julung kali pasti tidak akan mengecewakan. Prestasi gaming yang berada pada tahap terbaik pasti memberikan kepuasan kepada pemain.

Ditambah dengan sistem penyejukkan dan kesan grafik yang terbaik, membolehkan anda fokus dalam bermain game. Anda juga mampu melaksanakan pelbagai tugasan menggunakan komputer riba ini. Jadi ia berbaloi untuk dimiliki!!!

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here