- Iklan -

Kemunculan Redmi Note 7 nampaknya mendapat sambutan yang amat baik daripada orang ramai. Penawaran menarik bersama nilai belian yang mampu milik menjadikan Redmi Note 7 merupakan sebuah peranti yang berbaloi untuk dimiliki. Kenapa? Berikut kami senaraikan 6 fakta mengenai Redmi Note 7 yang pastinya buat korang kagum :

 

»—————————–✄—————————–✄—————————–✄

FAKTA 1 : Rekaan Mewah Dengan Sentuhan Moden

Soal reka bentuk, Redmi Note 7 membawakan perubahan yang ketara berbanding generasi terdahulu. Peranti ini hadir dengan rekaan berasaskan kaca berkilau pada panel belakang bersama sisi lengkung – selamat tinggal kepada rekaan aluminium! Bahagian belakang peranti turut disertakan dengan ketersediaan pengimbas cap jari berbentuk bulat.

Binaan badan berasaskan kaca

Secara peribadi, rekaan kaca ini sememangnya membuatkan rupa paras peranti kelihatan menawan. Disamping itu, rekaan juga ergonomik daripada setiap sudut sekaligus terasa sangat padu ketika dipegang. Binaan sisi juga direka daripada bahan berkualiti tinggi yang jauh lebih baik berbanding peranti lain dalam segmen harga yang sama. Ia turut menyertakan sejumlah ciri lain termasuk Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, Bluetooth 5.0, sokongan IR blaster dan audio jack 3.5mm.

Reka Bentuk Redmi Note 7

 

»—————————–✄—————————–✄—————————–✄

FAKTA 2 : Skrin Besar Memang Puas

Redmi Note 7 membawakan paparan skrin penuh dengan takuk kecil sebesar titisan air. Saiz paparan adalah sebesar 6.3 inci bersama resolusi FHD+ (2340×1080). Kepadatan piksel adalah sebanyak 409ppi. Panel yang digunakan adalah berasaskan IPS LCD. Paparan Redmi Note 7 dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 5 sebagai pelindung utama.

Paparan Hadapan Redmi Note 7

Secara peribadi, paparan ini dilihat menawarkan sudut pandangan luas di samping kecerahan serta warna terbaik – tidak kira daripada sudut mana sekalipun. Selain itu, imej yang dipaparkan juga kelihatan solid. Untuk sistem operasi, Redmi Note 7 berfungsi menggunakan MIUI 10 berasaskan Android 9.0 Pie.

 

»—————————–✄—————————–✄—————————–✄

FAKTA 3 : Tenaga Dalaman Super Hebat

Selain rekaan menawan, spesifikasinya juga hebat. Redmi Note 7 menggunakan cip pemproses Snapdragon 660 AIE (14nm) dengan padanan GPU Adreno 512 sebagai tunjang utama. Peranti ini didatangkan dengan tiga varian berbeza iaitu 3GB + 32GB, 4GB + 64GB dan 4GB + 128GB. Memori dalaman boleh dikembangkan sehingga 256GB dengan kad microSD.

Cip Pemproses

Kami mendapati cip pemproses ini dilihat memberikan prestasi harian yang tiada tandingan dalam kelasnya di samping pengalaman gaming pada tahap terbaik. Selain itu, proses membuka banyak aplikasi juga terasa lancar. Kami sempat menjalankan beberapa ujian penanda aras ke atas peranti  menerusi aplikasi AnTuTu Benchmark dan GeekBench 4 sebagai rujukan. Hasil ujian adalah seperti di bawah :

Hasil Ujian Penanda Aras

 

»—————————–✄—————————–✄—————————–✄

FAKTA 4 : Daya Tahan Bateri Mengagumkan

Redmi Note 7 dibina dengan bateri berkapasiti terbaik iaitu 4,000 mAh melalui sambungan USB Type-C. Sambungan ini juga boleh digunakan untuk memindahkan fail ke komputer. Prestasi bateri peranti ini mengagumkan dan sesuai untuk penggunaan dalam jangka masa panjang. Ia dilihat tidak mempunyai masalah untuk penggunaan sepanjang hari tanpa perlu dicas. Redmi Note 7 turut menyertakan teknologi pengecasan pantas Quick Charge 4.0 – namun ia dijual secara berasingan.

Kapasiti Bateri : 4,000 mAh

 

»—————————–✄—————————–✄—————————–✄

FAKTA 5 : Sensor Kamera Tinggi Dengan Teknologi AI

Kekuatan Redmi Note 7 terletak pada kamera – sensor tinggi bersama teknologi AI (boleh mengesan 33 kategori). Peranti ini didatangkan dua kamera belakang dengan gabungan 48MP (f/1.8) + 5MP (f/2.2). Kamera utama peranti ini  menggunakan sensor Samsung ISOCELL GM1. Perisian kamera dihiasi sejumlah ciri menarik seperti night mode, short video, panorama, AI Beauty dan sebagainya. Penggambaran 48MP boleh diakses menerusi Pro Mode.

Kamera UI

Secara peribadi, Redmi Note 7 mampu menghasilkan gambar yang baik dengan kekemasan berkualiti tinggi. Warna terhasil juga seimbang – tidak keterlaluan. Kami juga telah menguji sendiri keupayaannya dan hasil dapatan gambar yang diambil mengagumkan dengan butiran imej terperinci.

Untuk kamera swafoto, Redmi Note 7 dibekalkan dengan lensa 13MP yang menyokong teknologi AI. Melaluinya, pengguna boleh mengambil gambar selfie dengan hasil yang baik. Di samping itu, kamera hadapan diperhebatkan lagi dengan fungsi efek bokeh. (Klik gambar untuk hasil sebenar).

 

»—————————–✄—————————–✄—————————–✄

FAKTA 6 : Harga  Super Duper Awesome!

Okay, part ni paling best. Siapa yang tidak suka barang murah kan? Lagi-lagi bab peranti pintar dengan keunggulan luar biasa pada harga mampu-milik! Ya! Redmi Note 7 dijual harga kasih sayang seperti berikut :

  • Redmi Note 7 (3GB+32GB) – RM 679
  • Redmi Note 7 (4GB+64GB) – RM 799
  • Redmi Note 7 (4GB+128GB) – RM 949

Bagi yang berminat, korang boleh memilikinya menerusi beberapa saluran berbeza termasuk Lazada, Shopee dan Mi stores. Lebih menarik, Redmi turut menawarkan jaminan selama 18 bulan bagi setiap peranti Redmi Note 7. Tunggu apa lagi? Dapatkan satu!

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here