Redmi K20 Diperkenal – Sokong Snapdragon 730 + Kamera Utama 48MP + Bateri 4,000mAh

430
- Iklan -

Selain Redmi K20 Pro, acara pelancaran tersebut turut diserikan dengan kemunculan Redmi K20. Peranti merupakan varian yang lebih ringan dan membawakan spesifikasi lebih kurang sama seperti Redmi K20 Pro.

Redmi K20 juga membawakan paparan bersaiz 6.39″ AMOLED FHD+ bersama rekaan pop-up. Penawaran nisbah skrin – ke- badan juga adalah tinggi iaitu 91.9% dan dilengkapi pengimbas cap jari generasi ke-7.

Apa yang membezakannya adalah enjin dalaman Redmi K20 dijana oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragopn 730 (8nm) dan dibantu GPU Adreno 618. Memori tersedia pula 6GB RAM dan storan pula sehingga 128GB ROM.

Untuk kamera, Redmi K20 membawakan tiga kamera utama : 48MP (Sony IMX582) + 13MP + 8MP. Redmi K20 turut menyertakan sokongan video gerak perlahan 960fps. Kamera swafoto pula adalah 20MP.

Seterusnya, Redmi K20 dibina dengan bateri berkapasiti 4,000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W. Sistem operasi digunakan adalah MIUI 10 berasaskan Android 9.0 Pie. Ciri menarik lain termasuk audio Hi-Res, NFC, USB-C dan audio jack 3.5mm.

Peranti ini ditawarkan di pasaran China pada harga berikut:

  • Redmi K20 (6GB + 64GB) – RMB1,999 (~RM1,211)
  • Redmi K20 (6GB + 128GB) – RMB2,099 (~RM1,272)

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here