Realme 3 Pro Kini Tiba Di Malaysia Pada Harga RM899 – Ketersediaan Bermula 18 Mei 2019

255
**********

Realme hari ini secara rasminya melancarkan pewaris baru mereka iaitu Realme 3 Pro untuk pasaran tempatan. Membawakan spesifikasi yang dipertingkatkan, Realme 3 Pro pastinya mampu memenuhi selera jutaan pengguna.

Realme 3 Pro menampilkan paparan bertakuk kecil pada skrin berukuran 6.3″ bersama resolusi FHD+. Untuk spesifikasi dalaman, Realme 3 Pro dijana cip pemproses Snapdragon 710 dan dibantu pilihan memori 4GB/6GB RAM dan storan dalaman 64GB/128GB.

[ BACA: Reviu Eksklusif: Realme 3 Pro, Pencabar Baru Yang Bakal Gegarkan Barisan Peranti Mampu Milik ]

 

Realme 3 Pro menampilkan dwi kamera utama 16MP (f/1.7) (sensor Sony IMX519) + 5MP (f/2.4). Istimewa mengenai kamera utama, ia berkeupayaan menangkap foto pada resolusi 64MP Ultra HD. Kamera swafoto adalah sebesar 25MP (f/2.0). Realme 3 Pro juga menyokong video pada gerak perlahan 960fps.

Melengkapinya adalah bateri dengan kapasiti 4,045mAh (melalui micro-USB) bersama pengecasan pantas VOOC 3.0. Lebih menarik, Realme 3 Pro ini turut ditanam teknologi Hyper Boost 2.0 bertujuan mengoptimumkan prestasi telefon lebih lancar.

Realme 3 Pro hadir dengan tiga warna menarik iaitu Carbon Grey, Lightning Purple dan Carbon Grey. Peranti ini ditawarkan pada harga bermula RM899 (4GB+64GB) dan RM1,099 (6GB+128GB).

Ketersediaan peranti bermula 18 Mei 2019, sementara jualan pertama secara online akan diadakan menerusi gedung beli belah online Lazada pada 15 Mei (esok) bermula jam 10 pagi. Setiap pembelian bakal menerima hadiah eksklusif berupa portable fan sementara stok habis.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here