Pra-Tempahan OPPO Reno Bermula 17 ~ 27 Mei 2019 – Tawar Hadiah Eksklusif Bernilai RM437!

376
**********

Korang semua mesti dah tahu kan OPPO Reno bakal dilancarkan di pasaran tempatan pada 16 Mei 2019. Manakala, edisi OPPO Reno 10x Zoom pula bakal mendarat pada 27 Mei 2019 kelak. Menariknya, pelancaran turut diserikan dengan kehadiran Neelofa dan Owen Yap.

Memandangkan harga OPPO Reno bakal diumumkan esok, OPPO Malaysia hari ini berkongsi berita gembira untuk semua dengan memaklumkan bahawa pra-tempahan untuk OPPO Reno dibuka bermula 17 sehingga 27 Mei 2019.

Bagi yang berminat, pra tempahan boleh dibuat menerusi beberapa saluran berbeza termasuk OPPO Concept Store, pengedar-pengedar rasmi OPPO, OPPO Online Store, Lazada dan Shopee.

Setiap pra-tempahan didatangkan dengan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM437. Termasuk Smart Battery Casing (RM199) , jaminan waranti tambahan (12 bulan) dan pelindungan skrin (12 bulan) yang bernilai RM238!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here