Pra Tempahan OPPO Reno 10x Zoom Bagi Pasaran Malaysia Bermula Dari 28 Mei Sehingga 17 Jun

259
**********

OPPO Reno 10x Zoom yang bakal dilancarkan di pasaran tempatan pada 27 Mei ini boleh melakukan pra tempahan bermula dari 28 Mei sehingga 17 Jun dan bakal menerima badiah eksklusif bernilai RM877 (Gimbal stabilizer bernilai RM599 dan lanjutan waranti selama setahun serta perlindung skrin yang bernilai RM139 setiap satu).

Pembeli boleh melakukan pra-tempahan di mana-mana OPPO Concept Store, kedai pengedar OPPO yang sah atau membeli secara atas talian di laman sesawang rasmi OPPO, kedai rakan e-commerse di Lazada dan Shopee. Pembeli peranti ini menerusi pra-tempahan boleh mengambil telefon merea bermula dari 18 Jun.

OPPO Reno 10x Zoom ini pastinya sebuah peranti yang sangat berkuasa. Dihadirkan dengan 3 kamera di bahagian belakang iaitu 48MP + 13MP + 8MP. Menariknya ia tampil dengan 10x hybrid zoom. Kamera hadapan juga menarik apabila ia dihadirkan dengan 16MP yang menggunakan struktur Pivot Rising yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa yang diperlukan.

Bagi mendapatkan maklumat terperinci bolehlah melayari laman sesawang rasmi OPPO. Anda juga boleh melayari laman rasmi Facebook OPPO atau OPPO Official Online Store. Dalam pada itu, anda juga boleh melayari laman sesawang Lazada dan Shopee.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here