Pra-Tempahan HONOR 20 Dibuka Bermula 24 Mei 2019 – Tawar Hadiah Percuma Bernilai Sehingga RM500

467
- Iklan -

HONOR hari ini berkongsi berita gembira dengan mengesahkan bahawa HONOR 20 bakal dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan pada 23 Mei 2019 – dua hari selepas pelancaran global (21 Mei 2019).

Memeriahkan suasana, HONOR berkongsi berita gembira bahawa sesi pra-tempahan untuk HONOR 20 dibuka pada 24 hingga 28 Mei 2019. Setiap pra-tempahan didatangkan dengan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM500 – termasuk HONOR SoundStone Bluetooth speaker, HONOR Band 4 dan HONOR backpack.

Bagi yang berminat, pra tempahan boleh dibuat menerusi beberapa saluran berbeza termasuk HONOR Experience Stores dan cawangan senQ terpilih. HONOR 20 bakal dijual secara rasmi pada 29 Mei 2019, 8 malam.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here