Pelancaran OPPO Reno Di Malaysia Bakal Diserikan Dengan Penampilan Neelofa & Owen Yap

218
**********

Seperti apa yang kita sedia maklum, OPPO Reno bakal dilancarkan di pasaran tempatan pada 16 Mei 2019. Manakala, untuk edisi OPPO Reno 10x Zoom pula bakal mendarat pada 27 Mei 2019 kelak.

Menariknya, pelancaran kali ini bakal diserikan dengan kehadiran dua selebriti terkenal tanah air iaitu Neelofa sebagai duta produk dan Owen Yap selaku OPPO Reno 10x Zoom Explorer.

Penglibatan Neelofa dan Owen Yap kali ini pastinya menjanjikan sesuatu yang menarik pada acara pelancaran tersebut di samping dapat memperluaskan pengenalan produk ini di kalangan pembeli tempatan – Populariti kedua-dua selebriti ini memang tidak dapat disangkal.

Menarik bukan? Anda teruja? Apa lagi agaknya kejutan yang bakal dibawakan oleh OPPO untuk kali ini? Sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini.

___________________________________________________________________

Artikel Berkaitan:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here