OPPO Sertai Program Android Q Beta, Pamer Keupayaan 5G Di Google I/O 2019

187
**********

Pelbagai pengumuman penting yang dibuat ketika acara Google I/O 2019. Antaranya, OPPO sertai program Android Q Beta sebagai salah satu daripada OEM memperkenalkan ujian versi Android yang akan datang.

OPPO menampilkan pewaris baru mereka iaitu OPPO Reno sebagai ‘demo’ yang bakal menerima Android Beta Q. Ketika persidangan, Google turut memaklumkan bahawa Android Q Beta bakal tersedia di telefon pintar OPPO Reno bermula 8 Mei.

OPPO Reno antara yang tersenarai dalam kumpulan pertama merima penawaran Android Q Beta. Selain itu, OPPO juga bakal terus mengemas kini sistem ColorOS berasaskan Android dengan versi terbaru bagi menyediakan pengalaman terbaik buat pengguna.

Sebagai salah satu pengeluar pertama di dunia yang membawakan teknologi 5G ke pasaran, OPPO turut mempamerkan keupayaan teknologi tersebut pada persidangan khas tersebut.

OPPO Reno 5G adalah telefon 5G komersial pertama yang akan dijual di Eropah. OPPO bakal melancarkan OPPO Reno 5G ke pasaran di seluruh dunia dalam beberapa bulan akan datang.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here