OPPO Reno Rasmi Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM1,999 – Pra-Tempahan Bermula ESOK!

710
- Iklan -

Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba…

OPPO secara rasmi memperkenalkan OPPO Reno untuk pasaran tempatan. Membawakan rekaan yang unik dengan gaya tersendiri bersama sejumlah penawaran terkini, kehadiran OPPO Reno pastinya mengubah norma dunia gajet!

OPPO Reno membawakan paparan bersaiz 6.4” AMOLED FHD+ (2340 x 1080 piksel) bersama rekaan kamera timbul yang direka khas seakan-akan ‘Shark Fin’. Peranti ini mempunyai nisbah skrin-ke-badan sebanyak 93.1%.

Untuk spesikfikasi dalaman, OPPO Reno dijana oleh pemproses Snapdragon 710 dan dibantu 6GB RAM bersama 256GB ROM. Peranti ini menggunakan sistem operasi ColorOS6 berasaskan Android 9 Pie.

Untuk kamera pula, peranti ini memiliki dwi kamera utama 48MP IMX586 (f/1.7) + 5MP (f/2.4) dengan dan kamera swafoto 16MP (f/2.0). Ciri-ciri penggambaran yang menarik termasuk juga Ultra Night Mode 2.0, Color Mapping, rakaman video 4K, Artistic portrait mode, Portrait Mode 2.0 dan Soft Light.

Melengkapinya, bateri berkapsiti 3,765mAh + VOOC 3.0 Flash Charge. Ciri menarik lain termasuk Hidden Fingerprint Unlock 2.0, Game Booster 2.0, NFC, Bluetooth 5.0 dan Dolby Atmos.

Tersedia dalam dua pilihan warna menarik seperti Jet Black dan Ocean Green, OPPO Reno ditawarkan pada harga RM 1,999 (6GB + 256GB ). Ketersediaan pra-tempahan dibuka bermula 17 – 27 Mei 2019.

Setiap pra-tempahan didatangkan dengan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM437, termasuk Smart Battery Casing (RM199), jaminan waranti tambahan (12 bulan) dan pelindungan skrin (12 bulan) yang bernilai RM119!

Bagi yang berminat, anda boleh memilikinya menerusi beberapa saluran beberapa saluran berbeza termasuk OPPO Concept Store, pengedar-pengedar rasmi OPPO, OPPO Online Store, Lazada dan Shopee.

Sekadar makluman, pelancaran hari ini merupakan OPPO Reno untuk versi standard. Pun begitu, kejutan tidak hanya terhenti di sini. Sebaliknya, OPPO bakal memperkenalkan edisi khas OPPO Reno 10x Zoom pada 27 Mei 2019. Stay tuned!

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here