OPPO Reno Bakal Tampil Dengan2 Varian Warna, Ocean Green Dan Jet Black, Kecantikan Dan Spesifikasi Yang Tinggi

509
**********

Keterujaan menantikan ketibaan OPPO Reno ke Malaysia kian hampir iaitu pada 16 Mei ini. Pada ketika ini OPPO mendedahkan bahawa OPPO Reno ini bakal tampil bagi pasaran Malaysia akan dihadirkan dengan 2 varian warna iaitu Ocean Green dan Jet Black yang pastinya menjanjikan penampilan yang menawan.

Bagi warna Ocean Green ia diinspirasikan dari permukaan lautan yang mana warna ini tampil dengan dengan dua tekstur warna. OPPO telah berjaya menghasilkan kelembutan dan kelancaran permukaan pada 1 bahagian kaca menerusi proses partial Anti-Glare (AG).

Dalam pada itu, bagi warna Jet Black, ia merupakan kaca berkilau dengan gradien warna. Disertakan dengan corak grating yang mana pelbagai tekstur berbeza bersilang antara satu sama lain.

Untuk maklumat anda, OPPO Reno ini bakal hadir dengan 48MP + 5MP bagi kamera belakang, skrin panoramik. Turut disertakan adalam teknologi VOOC 3.0 Flash Charge.

Ia juga turut mempertingkatkan ciri Ultra Night Mode 2.0 yang mana mempunyai ciri baharu iaitu AI Portrait optimization bagi rakaman pada waktu malam yang membenarkan pengguna untuk merakam perincian yang menarik dalam situasi low light. Peranti ini juga disertakan dengan nisbah badan ke kerangka sebanyak 93.1%.

Jadi sama-sama kita nantikan kemunculan peranti ini di pasaran Malaysia tidak lama lagi!!!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here