OPPO Reno 5G Peranti 5G Pertama Di Pasarkan Bagi Pasaran Eropah!!!

428
- Iklan -

Pada ketika ini, peranti pintar OPPO Reno 5G menjadi peranti pintar 5G pertama yang tersedia bagi pasaran Eropah apabila syarikat tersebut mula untuk menjual peranti berkenaan di Switzerland dengan kerjasama dengan Swisscom.

OPPO Reno 5G kini tersedia di kedai Swisscom diseluruh negara dan di laman sesawang rasmi Swisscom dan harga bermula dari CHF 999. (kira-kira RM4079.47).

OPPO telah melancarkan siri Reno yang berevolusi di pasaran Eropah pada 24 April. Siri Reno ini termasuklah Reno 5G, Reno 10x Zoom and Reno models, yang mana ia dilengkapi dengan teknologi tinggi dan fotografi yang menakjubkan serta rekaan yang menarik.

Reno 5G dilengkapi dengan paparan skrin paparan panoramic berukuran 6.65 inci dengan nisbah skrin kepada badan 93.1% dan kamera hadapan yang tersorok. Ia turut didatangkan dengan tri-kamera di bahagian belakang dan turut dilengkapi dengan 10x hybrid zoom. Peranti ini dikuasakan oleh Qualcomm’s Snapdragon 855 dan disertakan dengan storan sebesar 8GB+256GB dan kapasiti bateri sebesar 4065mAh.

 

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here