OPPO Reno 10x Zoom Rasmi Pada Harga RM3,399 ~ Pra-Tempah Bermula 27 Mei 2019

439
**********

Selepas OPPO Reno (versi standard) diperkenalkan pada minggu yang lalu dengan harga jualan RM1,999, satu lagi pendatang baru iaitu OPPO Reno 10x Zoom tiba. Kehadiran peranti ini dilihat berpotensi mengubah norma dunia telefon pintar.

OPPO Reno 10x Zoom hadir dengan paparan skrin penuh bersaiz 6.6″ FHD+ AMOLED (2340 x 1080 piksel), bersama rekaan timbul yang direka khas berbentuk seperti “Shark Fin”. Nisbah skrin-ke-badan adalah 93.1% dan kepadatan piksel mencapai 387ppi, ia juga dilengkapi dengan Corning Gorilla Glass 6 yang mampu menjamin ketahanan paparan skrin.

Untuk spesifikasi dalaman, OPPO Reno 10x Zoom dijana oleh cip pemproses Snapdragon 855 dan dibantu oleh GPU Adreno 640. Selain itu, ia juga ditanam dengan memori 8GB RAM dan storan 256GB. Sistem operasi digunakan adalah ColorOS 6 berasaskan Android 9.

Untuk kamera, ia dilengkapi tiga kamera utama dengan gabungan lensa 48MP (f/1.7) + 8MP (f/2.2) + 13MP (f/3.0) di bawah sokongan Dual OIS bagi mengurangkan getaran peranti semasa mengambil gambar atau video.

Lebih menarik, kamera peranti ini menyertakan sokongan 10x zoom hibrid dan sehingga 60x zoom. Kamera hadapan pula sebesar 16MP (f/2.0).

Melengkapinya, bateri 4,065mAh dengan sokongan VOOC 3.0. Ciri menarik lain termasuk Hyperboost 2.0, NFC, Dolby Atmos dan sistem pengimbas cap jari di bawah skrin (Hidden Fingerprint Unlock 2.0).

Tersedia dalam dua warna menarik iaitu Jet Black dan Ocean Green, OPPO Reno 10x Zoom dijual pada harga RM3,399.

Bagi yang berminat, pra-tempahan dibuka bermula 27 Mei (1pm) hingga 17 Jun 2019. Setiap pra tempahan didatangkan dengan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM877 termasuk Gimbal stabilizer (RM599) dan jaminan waranti tambahan + perlindungan skrin percuma selama setahun (RM139 setiap satu).

Lanjutan pembelian pra-tempahan boleh rujuk pautan PRA-TEMPAHAN.

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here