OPPO Reno 10x Zoom Janjikan Keupayaan Zoom Sehingga 60 Kali – Menakjubkan!

343
**********

OPPO dilihat berjaya mencipta gelombang baru dalam dunia telefon pintar menerusi kemunculan OPPO Reno 10x Zoom. Sedia maklum, OPPO adalah jenama telefon pinta pertama yang membangunkan dan melancarkan teknologi 10x Hybrid Zoom ketika persidangan MWC 2019.

OPPO Reno adalah peranti yang lebih berfokuskan kepada keunggulan fotografi bersama rekaan kamera yang unik. OPPO Reno 10x Zoom membawakan tetapan tiga kamera utama 48MP + 13MP (telephoto) + 8MP (Ultra-lebar). Peranti ini turut menyertakan sokongan teknologi 10 kali zoom hibrid dan sehingga 60 kali zoom.

Gabungan tiga kamera ini menjanjikan pengalaman fotografi yang luar biasa dalam usaha memberi inspirasi kepada imaginasi tanpa had. Selain itu, kamera utama 48MP menjanjikan keupayaan merakam adegan siang dan malam yang sempurna. Lensa sudut lebar pula meluaskan perspektif hingga 120 darjah – pandangan sudut lebih luas.

Sudut Ultra Lebar

Oh ya! Untuk makluman semua, OPPO Reno versi standad telah mula ditawarkan di Malaysia. Tersedia dalam dua pilihan warna menarik seperti Jet Black dan Ocean Green, OPPO Reno membawakan harga RM 1,999 (6GB + 256GB ). Ketersediaan pra-tempahan dibuka bermula 17 – 27 Mei 2019.

Setiap pra-tempahan didatangkan dengan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM437, termasuk Smart Battery Casing (RM199), jaminan waranti tambahan (12 bulan) dan pelindungan skrin (12 bulan) yang bernilai RM119!

[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]

 

Nampaknya, ‘bahang’ pelancaran OPPO Reno 10X Zoom untuk pasaran tempatan semakin terasa. Sama-sama kita tunggu kemunculan rasminya pada 27 Mei kelak bagi melihat penawaran yang dibawa oleh peranti ini. Kekal bersama eRing untuk info lanjut!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here