- Iklan -

OPPO baru sahaja melancarkan OPPO F11 Pro pada 19 Mac yang lalu manakala OPPO F11 pula mula diperkenalkan di Malaysia pada 16 April. Peranti yang seakan-akan sama pastinya mempunyai perbezaan yang pastinya mampu memberikan kelebihan buat pengguna. Jom kita tengok perbezaan pada dua peranti ini!!

Rekaan

Perbezaan yang paling jelas dan nyata adalah pada bahagian rekaannya. Perbezaan ini pastinya boleh dilihat dengan mata kasar yang sekaligus memudahkan pengguna membezakan antara dua peranti ini.

#Kamera Hadapan

Bagi OPPO F11 Pro ia didatangkan dengan skrin tersembunyi yang digelar sebagai Rising Camera yang sekaligus memberi tontonan skrin penuh tanpa notch.

Namun bagi Oppo F11 ia didatangkan dengan rekaan takuk kecil titisan air (WaterDrop).

# Kamera belakang

Jika dilihat di bahagian belakang susunan kamera juga tampak berbeza. OPPO F11 Pro terlihat susunan didatang dalam 1 bahagian bulatan yang sama termasuklah flash yang berada di bahagian atas kamera.

Bagi OPPO F11 pula kamera dah flash dilihat diasingkan dan tidak berada dalam 1 bulatan yang sama seperti OPPO F11 Pro. Kedudukan flash juga berbeza apabila flash bagi OPPO F11 berada di bahagian bawah kamera.

Warna

Perbezaan bagi aspek ini juga mudah dilihat. OPPO F11 tampil dengan pilihan varian berwarna Marble green dan Fluorite Purple.

Manakala bagi OPPO F11 Pro pula tampil dengan warna Thunder Black (3 Gradient warna) dan Aurora Green(2 gradient warna).

RAM

Jika dilihat daripada aspek RAM pula jelas terdapat perbezaan bagi kedua-dua peranti ini. OPPO F11 Pro dihadirkan dengan 6GB RAM manakala bagi OPPO F11 pula disertakan dengan 4GB RAM. OPPO F11 Pro dilihat dapat memberikan prestasi yang lebih baik tanpa sebarang lag.

Storan

Jika dilihat dari aspek ini pula OPPO F11 kerana ia didatangkan dengan 128GB yang pastinya mampu menyimpan lebih banyak data dan aplikasi di dalam peranti ini. OPPO F11 Pro juga tidak ketinggalan apabila ia tampil dengan 2 varian iaitu 64GB dan 128GB yang memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna.

Bateri

Jika dilihat dari aspek ini jelas bahawa OPPO F11 menjangkaui kapasiti OPPO F11 Pro apabila ia disertakan dengan 4020mAh yang memberikan waktu penggunaan yang lebih lama.

Bagi OPPO F11 Pro pula ia disertakan dengan 4000mAh. Sungguhpun ia tidak sebesar OPPO F11, namun ia mampu bertahan lama.

Hasil Gambar

Berikut adalah perbandingan hasil gambar yang kami ambil. Gambar di sebelah kiri merupakan hasil gambar daripada OPPO F11 Pro manakala gambar di sebelah kanan merupakan hasil gambar daripada telefon OPPO F11.

 

Harga

Aspek ini pastinya perbezaan yang paling dinanti oleh pengguna. Bagi OPPO F11 ia dijual pada harga RM1099. bagi OPPO F11 Pro pula, ia dijual pada harga RM1299.

Jadi apa tunggu lagi…Segera dapatkan peranti yang menjadi OPPO yang berjaya menambat hati anda!!!

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here