OnePlus 7 Pro Secara Rasmi Tiba Di Malaysia – Harga Bermula RM 2,999

446

AKHIRNYA! OnePlus 7 Pro secara rasmi diperkenalkan untuk pasaran tempatan dalam sebuah acara pelancaran yang berlangsung di Bangsar, sebentar tadi. Menariknya, telefon pintar ini dilihat hadir dengan spesifikasi terkini di samping penawaran luar biasa yang pastinya sesuai dengan citarasa ramai.

OnePlus 7 Pro menawarkan paparan penuh bersaiz 6.67″ QHD+ (3120 x 1440 piksel) bersama rekaan kamera ‘pop-up’ dengan sokongan kadar segar 90Hz dan HDR10+. Ia dijana oleh Snapdragon 855 dan dibantu memori hingga 12GB RAM + storan hingga 256GB ROM (berasaskan UFS 3.0). OnePlus 7 pro menyertakan sokongan pengimbas cap jari terbina pada skrin.

Beralih pada tetapan penggambaraan, OnePlus 7 Pro ditanam sokongan tiga kamera utama dengan gabungan :  48MP (Sony IMX 586) (f/1.6) + 8MP (f/2.4) + 16MP (f/2.2). Peranti ini menyertakan sokongan 3x zoom optikal dan 10x zoom optik. Kamera hadapan pula sebesar 16MP . Kamera OnePlus 7 Pro disertakan ciri menarik : UltraShot, Nightscape 2.0, portrait dan sebagainya. Untuk video, ia menyokong rakaman video 4K 60fps.

Seterusnya, OnePlus 7 Pro dilengkapi bateri 4,000 mAh bersama pengecasan pantas Warp Charge 30W. Ia turut menyertakan sokongan gaming mode dipanggil Fnatic Mode. Peranti ini tersedia dalam warna Nebula Blue, Mirror Gray dan Almond.

Harga & Ketersediaan 

OnePlus 7 Pro ditawarkan di pasaran tempatan pada tanda harga seperti berikut di bawah :

  •  6GB + 128GB : RM 2,999
  •  8GB + 256GB : RM 3,699
  •  12GB + 256GB : RM 4,199

Bagi yang berminat, anda boleh memilikinya menerusi beberapa saluran berbeza termasuk pengedar-pengedar OnePlus yang sah dan Shopee. Lebih menarik, pra tempahan yang dibuat di Shopee didatangkan dengan penawaran menarik termasuk OnePlus Bullets Wireless Earphone Dan baucer eksklusif Shopee bernilai RM200!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here