OnePlus 7 Pro Diperkenalkan – Sokong Rekaan Pop-Up & Ketersediaan Tiga Kamera Utama

329

Setelah sekian lama menanti, akhirnya OnePlus secara rasmi memperkenalkan pewaris baru mereka iaitu OnePlus 7 Pro. Model ini dilihat hadir dengan penawaran menarik di samping teknologi lebih terkini.

OnePlus 7 pro menyokong skrin penuh berukuran 6.67″ QHD+ bersama sokongan kadar segar 90Hz dan HDR10+. Ia dijana pemproses Snapdragon 855 bersama pilhan memori hingga 12GB RAM dan storan dalaman hingga 256GB. OnePlus 7 Pro turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari terbina di bawah skrin.

OnePlus 7 Pro menyokong 3 kamera utama : 48MP (Sony IMX586) + 16MP + 8MP. Kamera swafoto sebesar 16MP. Kameranya menyertakan sejumlah ciri menarik : rakaman video 4K 60fps, integrasi Google Lens dan ciri baru dikenali sebagai UltraShot.

Melengkapinya bateri berkapasiti 4,000 mAh bersama pengecasan pantas Warp Charge 30W. Ia juga menyokong storan berasaskan UFS 3.0 dan cecair penyejuk yang ditambah baik. OnePlus 7 Pro menggunakan sistem operasi OxygenOS berasaskan Android Pie – mod gaming juga turut tersedia.

Peranti ini hadir dengan 3 warna menarik iaitu Nebula Blue, Mirror Grey dan Almond. Terdapat khabar mengatakan OnePlus bakal memperkenalkan peranti ini di pasaran tempatan dalam masa terdekat. Sama-sama kita tunggu untuk penawaran harga dan ketersediaan kelak.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here