OnePlus 7 Kini Diperkenal – Sokong Snapdragon 855 + Kamera 48MP + Paparan Skrin Takuk Kecil

522

Seiring pelancaran OnePlus 7 Pro, syarikat tersebut turut memperkenalkan sebuah lagi pewaris mereka iaitu OnePlus 7. Model ini dilihat menawarkan penawaran asas berbanding versi Pro, namun membawakan spesifikasi yang terkini.

OnePlus 7 membawakan rekaan takuk kecil pada paparan skrin berukuran 6.41″ dengan resolusi 2340×1080 piksel. Menjananya, pemproses Snapdragon 855 dan RAM sehingga 8GB + storan hingga 256GB. I a turut menyokong penggunaan storan berasaskan UFS 3.0.

Peranti ini hadir dengan ketersedian dwi kamera utama dengan gabungan lensa 48MP + 5MP dan kamera selfie pula sebesar 16MP (Sony IMX471). Terdapat OIS dan EIS pada kamera utama. Mod kamera termasuk Nightscape, Potret, UltraShot dan sebagainya.

OnePlus 7 memuatkan bateri 3700mAh dengan sokongan pengecasan pantas 20W dan hadir dengan pengimbas cap jari terbina pada skrin. Model ini tersedia dalam 2 warna menarik iaitu Mirror Grey dan Red (eksklusif untuk China & India).

Sama seperti OnePlus 7 Pro, syarikat tersebut juga dikatakan bakal menawarkan model ini ke pasaran tempatan dalam masa terdekat. Jadi, stay tuned untuk update harga dan ketersediaan kelak. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!