Nokia 3.2 Dijual Di Malaysia Pada Harga RM499, Boleh Di Beli Di Semua Pengedar HMD Global Yang Sah

462
**********

Siapa yang tidak mengenali jenama peranti Nokia. HMD Global hari ini telah mengumumkan akan membawa masuk 1 lagi peranti terbaharu daripada Nokia iaitu Nokia 3.2 yang dikhabarkan memberi fokus kepada kepuasan tontonan dan daya tahan bateri.

Tampil dengan skrin bersaiz 6.26 inci HD+ dan dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 429 memberikan kelebihan tontonan kepada pengguna. Ditambah dengan RAM sebesar 3GB dan storan sebesar 32GB menambahkan kekuasaan bagi kelasnya.

Menariknya kapasiti bateri yang besar turut disertakan iaitu sebesar 4000mAh yang dikatakan mampu bertahan sehingga 2 hari.

Dari aspek kamera pula, ia dihadirkan dengan 13MP bagi kamera belakang dan kamera hadapan sebesar 5MP. Apa yang pasti ia turut disertakan pengecaman wajah.

Nokia 3.2 ini bakal dijual pada harga RM499 menerusi pengedar HMD Global yang sah di seluruh dunia bermula 24 Mei 2019.

____________________________________

Baca juga: 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here