Motorola Moto Z4 Telah Rasmi, Tampil Dengan Sokongan Moto Mod

508

Jenama peranti pintar Motorola akhirnya telah melancarkan secara rasmi peranti terbaharu daripada mereka iaitu Motorola Moto Z4. Peranti ini yang merupakan peranti kelas pertengahan tampil dengan cip pemproses Snapdragon 675 dan melaksanakan sistem operasi Android Pie asli.

Tampil dengan paparan skrin bersaiz 6.4 inci dengan OLED FHD+ memberikan pengalaman tontonan yang baik. Dari aspek memori ia dilengkapi dengan memori sebesari 4GB RAM dan 128GB bagi storan.

Kamera juga tidak mengecewakan apabila ia tampil dengan 25MP(f2/0) bagi kamera hadapan dan 48MP(F/1.7) bagi kamera belakang. Kapasiti bateri juga tidak mengecewakan apabila ia tampil dengan 3600mAh dan menyokongan pengecasan pantas 15W Turbo Power melalui port USB-C.

Dari aspek keselamatan, ia disertakan dengan pengimbas cap jari ditanam didalam skrin, kemampuan kalis percikan P2i. Apa yang pasti, peranti ini tampil dengan Moto mod yang mampu memberikan pengalaman yang menakjubkan kepada pengguna.

Di Amerika Syarikat ia dijual pada harga 499 (kira – kira RM 2090).

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here