Lenovo Memperlihatkan Prototaip Komputer Riba Dengan Skrin Penuh Boleh Lipat Pertama Dunia

174
**********

Lenovo memperkenalkan ahli baru di bawah siri ThinkPadX1 pada acara Lenovo Accelerate 2019 yang berlangsung di Florida. Lain daripada yang lain, Lenovo memperlihatkan prototaip komputer riba dengan skrin penuh boleh lipat – sekaligus menjadikannya pertama di dunia hadir dengan rekaan tersebut.

Difahamkan, Lenovo menggunakan skrin OLED dengan resolusi 2K untuk binaan komputer riba ini dan panel yang disertakan berukuran 13 inci – sekitar 9.6 apabila dilipat. Menariknya, papan kekunci pada peranti dibina dengan panel skrin penuh yang boleh dilipat. Sistem operasi digunakan adalah Windows dan peranti ini dijangka ditawarkan bermula tahun 2020 kelak.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here