Kemeriahan Hari Pertama Jualan Peranti Honor 20 Lite

297
**********

Keterujaan memiliki peranti baharu daripada Honor iaitu Honor 20 Lite pastinya sangat dinantikan. Hari ini merupakan hari pertama ia dijual dan ia sekaligus memperlihatkan kemeriahan dalam memiliki peranti ini.

Bagi 10 Pembeli pertama, akan mendapat hadiah percuma dari Honor iaitu beg Adidas, T-shirt yang ditandatangan oleh As’ad Motawh Dan bekas makanan.

10 Pembeli yang seterusnya akan mendapat T-shirt yang ditandatangan oleh As’ad Motawh Dan bekas makanan.

Bagi yang membeli telefon ini dari jam 2 sehingga 4 petang ni, anda berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah Dan berpeluang Memiliki telefon HONOR 20 Lite dengan tandatangan dari As’ad.

Pada majlis tersebut, duta Honor 20 Lite, As’ad Motawh turut membuat persembahan dengan lagunya ‘Percaya’ bagi peminat yang hadir. Beliau turut melakukan tanda tangan bersama peminat.

HONOR 20 Lite merupakan peranti pertama HONOR yang didatangkan dengan  tiga kamera utama dengan resolusi 24MP + 8MP + 2MP. Untuk kamera swafoto pula, ia hadir dengan resolusi 32MP.

Peranti ini disertakan dengan paparan berukuran 6.21 inci FHD+ (2340 x 1080 Piksel) bersama rekaan Dewdrop Display. Ia dijana oleh cip Kirin 710 dan menggunakan sistem operasi Android 9.0 + EMUI 9.0. Untuk memori, ia didatangkan memori 4GB RAM + 128GB ROM. Turut diselitkan GPU Turbo 2.0 untuk pengalaman gaming terbaik!

Dari aspek bateri pula, ia dihadirkan dengan bateri berkapasiti 3,400mAh dan ketersediaan pengimbas cap jari fizikal pada panel belakang. HONOR 20 Lite didatangkan dengan dua pilihan warna menarik iaitu Phantom Blue dan Phantom Red.

Bagi yang ingin memiliki peranti ini bolehlah mendapatkannya dipasaran pada harga RM949.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here