Jabra Perkenal Barisan Produk Baru : Elite 85h, Elite Active 45e & Move Style Edition – Harga Bermula RM379

584
- Iklan -

Jabra kini memperkenalkan barisan produk baru mereka iaitu Elite 85h, Elite Active 45e dan Move Style Edition di pasaran tempatan. Barisan produk ini dilengkapi gabungan kepakaran audio dan aplikasi kecerdasan buatan sekaligus mampu memenuhi citarasa pendengar.

 

»—————————–✄—————————–✄—————————–✄

Jabra Elite 85h

Direka khas bagi menangani masalah pendengaran berpunca gangguan pencemaran bunyi. Elite 85h Jabra dibina dengan paduan lapan mikrofon yang mampu mengecam lebih 6,000 jenis sumber bunyi bising secara berkesan. Bateri mampu bertahan sehingga 41 jam dan disertakan jaminan perlindungan kalis air dan debu bertaraf IP52 selama dua tahun.

 

Lebih menarik, pengguna juga boleh menetapkan pengalaman audio tersendiri menerusi aplikasi Jabra Sound+ yang boleh dimuat turun menerusi Google Play dan App Store. Dengan hanya satu butang, pengguna boleh mengakses Alexa dan Google Assistant dengan mudah menerusi bantuan Voice Assistant.

 

»—————————–✄—————————–✄—————————–✄

Jabra Elite Active 45e

Direka khusus buat golongan yang sentiasa aktif bersukan. Elite Active 45e disertakan dengan jaminan perlindungan kalis air dan debu bertaraf IP67 selama dua tahun. Aksesori tambahan – Earhook dan Earwing pula memastikan kedudukan produk tidak mudah tercabut dan sentiasa kukuh. Rekaannya yang berbentuk ‘open-ear’ pula bantu menyerap bunyi.

 

»—————————–✄—————————–✄—————————–✄

Jabra Move Style Edition

Jabra Move Style Edition direka dengan cekak ultra ringan dan alat pendengaran yang selesa. Baterinya mampu bertahan selama lapan hingga 14 jam dan tersedia dalam tiga pilihan warna menarik – Titanium Black, Gold Beige & Navy.

Elite 85h, Elite Active 45e dan Move Style Edition boleh dimiliki menerusi beberapa saluran berbeza seperti kedai All IT Hypermarket, Harvey Norman dan pengedar-pengedar sah Jabra. Bagi yang berminat, semua produk tersebut di tawarkan pada harga berikut :

MODEL HARGA
Jabra Elite85h RM 1,349
Jabra Elite Active 45e RM 379
Jabra Move Style Edition RM 419
- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here