iPhone 2019 Bakal Tampil Dengan Cip Pemprosesan A13? Lebih berkuasa Dan Jimat Tenaga!!!

214
**********

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Blooberg, cip Pemprosesan terbaharu Apple A13 sudah mula dikilangkan oleh Taiwan Semiconductor Manufacturing Co. (TSMC). Ia dikhabarkan akan disertakan pada peranti iPhone 2019 nanti.

Untuk makluman, Apple A13 ini merupakan cip pemproses generasi baharu yang mennggunakan teknologi 7nm. Hal ini membenarkan cip ini dimuatkan dengan transistor 17% yang mana lebih banyak berbanding cip yang sebelum ini sekaligus boleh dikatakan cip pemprosesan paling berkuasa yang dihadirkan pada telefon pintar.

Dalam pada itu, proses penghasilan cip ini aadalah melalui teknologi EUV (extreme ultraviolet lithography) yang mana ia dikatakan mampu menjimatkan tenaga sebagai 10%.

Belum ada lagi pengesahan bahawa iPhone 2019 bakal tampil dengan teknologi tanpa wayar 5G ataupun tidak. Namun ia dikhabarkan akan disertakan dengan ciri Reversible charging yang mana ia mampu mengecas peranti lain seperti AirPods.

iPhone 2019 dijangka bakal diperkenalkan pada September ini. jadi sama-sama kita nantikan!!!

______________________________

Baca juga: 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here