Lebih daripada satu peranti menjadi perkara biasa pada era masa kini, selain peranti pintar dan tablet, komputer riba yang semakin nipis dan ringan juga menjadi keperluan seharian.

Jika anda seorang pengembara atau sering bertemu pelanggan di luar, maka membawa pelbagai penyesuai kuasa adalah kerja yang sangat membebankan terutamanya bagi komputer riba.

Namun dengan adanya Innergie PowerGear 60C, penyesuai kuasa kecil yang mampu mengecas untuk komputer riba, bahkan peranti pintar dan tablet juga tidak menjadi masalah.

PowerGear 60C menyokong teknologi PD USB dan ia menawarkan 5 kombinasi voltan, antaranya 5V, 9V, 12V, 15V dan 20V.Bagi kuasa output pula sehingga 60W, jadi untuk mengecas komputer riba lebih mudah dan pantas.

Spesifikasi Innergie PowerGear 60C

  • AC Input: 100-240V / 1.6A 50-60 Hz
  • USB Output: 5V/3A, 9V/3A, 12V/3A, 15V/2A, 20V/3A
  • Kuasa Output: 60W
  • Dimensi / Berat: 30.4 x 30.4 x 60mm / 85g
  • Pelindungan Overcharge: Over current, Overvoltage, Overheating, Overpower dan litar pintas.
  • Tawaran Harga: RM273

 

UNBOXING…

Kotak pembungkusan PowerGear 60C mempunyai spesifikasi yang jelas.

Berbanding dengan penyesuai kuasa yang lain, PowerGear 60C mempunyai reka bentuk yang sangat kecil, selesa digenggam dan tidak berat.

Bahagian depan hanya terdapat satu port USB Type-C (USB PD).

Dalam kotak terdapat 3 palam kuasa berlainan yang boleh digunakan mengikut negara, hanya sambungkan pada penyesuai kuasa sahaja.

Kabel USB Type-C dua hala ini selain mengecas peranti, boleh dijadikan kabel penghantaran data.

Komputer riba masa kini bukannya semua menggunakan USB Type-C, namun tidak perlu risau kerana anda boleh menggunakan MagiCable 150 yang tersedia dalam untuk mengecas komputer riba.

MagicCable 150 menawarkan 6 jenis port sambungan untuk komputer riba, antaranya Acer, ASUS, Dell, HP dan Lenovo. Jika ia tidak sesuai dengan komputer riba anda, maka boleh meminta port yang sesuai melalui “Free Tip Program” di pautan ini.

  • Harga tawaran MagiCable 150: RM62

 

UJIAN PENGECASAN…

Kami telah menjalani ujian pengecasan PowerGear 60C pada komputer riba, dan mendapati ia mengambil masa 1 jam 50 minit untuk mengecas dari 13% hingga penuh. Sebaliknya pengecasan peranti pintar agak biasa sahaja, lebih kurang sama dengan kelajuan pengecasan apabila disambungkan ke komputer riba.

Di samping itu, Innergie juga mempunyai penyesuai kuasa 65U khas komputer riba, sama juga dilengkapi 3 palam kuasa dan port sambungan yang berlainan. Ukurannya tetap kecil dan ringan dibawa, kuasa output lebih tinggi iaitu sehingga 65W!

Spesifikasi Innergie PowerGear 65U

  • AC Input: 100-240V AC/ 1.6A 50-60Hz
  • DC Output: 19.5V DC / 3.33A
  • Kuasa Output: 65W
  • Dimensi / Berat: 30.4 x 30.4 x 60mm / 85g
  • Tawaran Harga: RM249

Tidak menjadi masalah sekiranya anda ingin mengecas peranti pintar dengan penyesuai kuasa 65U, hanya sambungkan Innergie 18W dan USB Type-C pada peranti pintar anda. Innergie 18W dijual pada harga RM69.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here